Thursday, 15 September 2016
Home »
europa league
,
feyenoord
,
guardiola
,
jose mourinho
,
manchester city
,
manchester united
,
Tonny Vihena
,
zlatan ibrahimovic
» United Tewas Lagi
United Tewas Lagi
Manchester United memperagakan persembahan sumbang setelah tewas kepada wakil Belanda, Feyenoord pada perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Europa.
Ini adalah kekalahan kedua-dua berturut-turut bagi anak buah Jose Mourinho selepas kalah kepada jiran setempat mereka, Manchester City di halaman sendiri.
Beliau telah melakukan 8 pertukaran berbanding skuad ketika menentang City dengan Blind digantikan oleh Smalling untuk bergandingan Eric Bailly
Kehadiran Ibrahimovic yang pertama kali beraksi di Liga Europa sejak 2001 bersama Ajax gagal untuk membantu wakil England mencipta kemenangan.
Satu-satunya peluang emas yang dimilki oleh United pada separuh masa pertama adalah menerusi Anthony Martial, namun percubaan beliau tersasar.
Walaupun menguasai keseluruhan tetapi serangan United cukup hambar dengan hanya mencatatkan 3 percubaan tepat sepanjang 90 minit permainan.
Tony Vihena menjadi wira tuan rumah dengan menjaringkan gol melalui serangan balas yang berkesan pada minit 79 perlawanan.
Melalui kekalahan ini, United mencatatkan rekod baru apabila tewas di tempat lawan 4 kali berturut-turut dalam saingan peringkat Eropah.
0 comments:
Post a Comment