Sunday, 25 September 2016
Home »
fc porto
,
kasper schmeichel
,
leicester city
,
manchester united
,
pogba
,
ranieri
» Ranieri: Kami tewas kerana kurang konsentrasi
Ranieri: Kami tewas kerana kurang konsentrasi
Pengurus Leicester City, Claudio Ranieri menyifatkan persembahan anak buah beliau pada separuh masa pertama ketika menentang Manchester United adalah sukar untuk diterima beliau.
Sebelum perlawanan Leicester menerima tamparan apabila terpaksa turun ke Old Trafford tanpa penjaga gol utama mereka iaitu Kasper Schmeichel yang mengalami kecederaan.
Ketiadaaan Kasper benar-benar dirasai dengan mereka bolos 4 gol awal pada separuh masa pertama.
Mereka dikejutkan pasukan tuan rumah dengan dibolosi 4 gol pada separuh masa pertama. 3 daripadanya adalah hasil dari sepakan sudut.
Ranieri berkata juara bertahan tersebut kebiasaannya amat baik dalam menangani situasi bola mati.
Namun begitu disebabkan kurangnya tumpuan oleh pertahanan menyebabkan mereka dibolosi 3 gol daripada sepakan sudut.
Jika diteliti kembali gol-gol Manchester United sewaktu menentang Leicester City, kita dapat lihat pertahanan Leicester banyak melakukan 'ball watching' tanpa peka dengan pergerakan pemain lawan.
Situasi paling jelas adalah ketika jaringan Marcus Rashford. Pada saat itu, pertahanan begitu leka sehingga membenarkan hantaran Mata ke Rashford sehingga pasukan dapat menjaringkan gol.
Keputusan mengeluarkan Mahrez dan Vardy
Beliau mempunyai sebab tersendiri menggantikan mereka berdua.
Setelah ketinggalan dengan gol yang banyak, Raneri meraskan tiada apa yang perlu mereka kejarkan lagi selain fokus untuk perlawanan seterusnya di Liga Juara-Juara Eropah pada awal pagi Rabu ini.
Mereka berdua merupakan pemain yang penting buat Leicester. Kedua-duanya banyak terlibat dalam menghasilkan gol pada musim lepas.
Ranieri berharap dengan merehatkan mereka dapat mengelakkan daripada kepenatan dan kecederaan berlaku.
Pada musim ini mereka beraksi di pentas utama Eropah selepas cemerlang menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim lalu.
Buat pertama kalinya mereka akan bermain di gelanggang sendiri di pentas utama Eropah.
Leicester akan melayani kunjungan FC Porto di Liga Juara-Juara selepas menang pada perlawanan perlawanan pertama di tempat lawan menentang Club Brugge dengan jaringan 3-0.
0 comments:
Post a Comment