Friday, 23 September 2016

Bolos 43 Gol Dalam Satu Perlawanan, Penjaga Gol Jerman Ditahan Polis




Satu perlawanan divisyen bawah Jerman antara SV Vonderort dan PSV Oberhausen  menjadi tumpuan ramai apabila merekodkan jumlah gol yang begitu besar.

Perlawanan tersebut telah merekodkan 43 gol secara keseluruhan dengan SV Vonderort tewas 0-43 kepada PSV Overhausen.

Situasi semakin menarik apabila penjaga gol SV Vonderort ditahan polis setelah melepaskan gol dengan begitu banyak.

Menurut akhbar Jerman Express, SV Vonderort ketinggalan sebanyak 35 gol pada separuh masa pertama dan selebihnya bolos 8 gol pada separuh masa kedua.

Kwiotek telah ditahan pihak polis Jerman, 5 hari selepas perlawanan berakhir di padang latihan. 

Pengarah Urusan Kelab, Christian Schröer ketika memberitahu akhbar Express berharap penjaga gol tersebut dapat disenaraikan untuk perlawanan yang akan datang.

Sumber: Wold Soccer

0 comments:

Post a Comment