Sunday, 11 September 2016

Kesilapan Hart Buat Torino Tewas


Joe Hart melakukan debut beliau di Sirie A Itali dengan langkah sumbang apabila pasukannya tewas 2-1 kepada Atalanta.

 Beliau juga menjadi penyumbang kepada keputusan tersebut dengan membuat beberapa kesilapan yang menghadiahkan kemenangan kepada lawan.

Torino sebagai pelawat melakukan kunjungan ke Atalanta tewas 2-1 kepada barisan pasukan tuan rumah.

Dalam perlawanan tersebut, Hart dilihat gagal untuk menangani bola sepakan sudut Atalanta dengan kemas sehingga tuan rumah tersebut mengambil  peluang menyamakan kedudukan 1-1.

10 minit terakhir permainan, Hart sekali lagi ditewaskan melalui satu sepakan penalti sekaligus meletakkan keputusan kekal 2-1 hingga tamat permainan.

Kekalahan itu merupakan yang ke-2 di dalam luga bagi Torino pada musim ini.


Hari Malang Buat Hart

Joe Hart disisihkan oleh pengurus Manchester City yang baharu iaitu Pep Guradiola.

Keputusan Guardiola untuk menggugurkan beliau adalah difahamkan kerana kemampuan terhad Hart melakukan 'build up attack' dari bawah.

Guardiola menilai Hart sebagai tidak menepati ciri penjaga gol yang beliau inginkan dan memilih Caballero sebagai penjaga gol utama.

Kemudian ketibaan Claudio Bravo dari Barcelona akhirnya menyempitkan peluang Joe Hart dan dipinjamkan ke Torino.

Debut Hart tidak bermula dengan baik apabila nama beliau dieja dengan salah 'Hart John' dan bukannya Hart Joe pada senarai nama pasukan Torino.




Statistik perlawanan menunjukkan bahawa Atalanta hanya melakukan 3 on target dan berjaya menjaringkan 2 gol.

Ini bermakna Hart hanya mampu menyelamatkan 1 percubaan dalam perlawanan tersebut.




Kekalahan 2-1 ke atas Atalanta menyaksikan Torino kini menduduki tangga ke-12 dalam liga selepas 3 perlawanan.


Sumber: BBC Sport





0 comments:

Post a Comment