Saturday, 10 September 2016

Guardiola Pertahan Aksi Claudio Bravo


Guardiola telah mempertahan penjaga gol baharu mereka biarpun melakukan beberapa kesilapan ketika perlawanan setempat menentang United.

Bravo melakukan debut beliau di Liga Perdana Inggeris dengan menggantikan Joe Hart yang dipinjam keluar ke Torino untuk pinjaman satu musim penuh.

"Kami bermain baik pada separuh masa pertama disebabkan Claudio (Bravo)" ujar Guardiola.

"Saya suka apabila penjaga gol berusaha mencabar bola dan selepas gol tersebut beliau tetap meneruskan permainan dan ia merupakan sikap yang baik."

Perlawanan berkesudahan 1-2 dengan Manchester United tewas kepada jiran setempat, Manchester City di Old Trafford.

Gol City dijaringkan oleh Kevin De Bruyne dan Kelechi Iheanacho sementara gol United pula dijaringkan oleh Zlatan Ibrahimovic.

0 comments:

Post a Comment