Friday, 23 September 2016

Hina Kaum Gay, Penyerang Burnley Digantung 4 Perlawanan

 


Penyerang Burnley, Andre Gray telah dikenakan hukuman penggantungan 4 perlawanan berdasarkan komen yang beliau lakukan di media sosial.

 Pihak FA England bersetuju mengenakan hukuman ke atas beliau yang telah menghina golongan gay.

Komen tersebut dipercayai telah dilakukannya pada 2012 ketika beliau masih bermain untuk kelab semi-pro Hinckley United.

 Ia kembali menjadi perhatian ramai setelah Gray kini bermain untuk Burnlay di Liga Perdana Inggeris.

Tweet oleh Gray yang berbaur anti-gay


Selain digantung 4 perlawanan, beliau juga didenda sebanyak £25,000 (RM 133,786) dan diwajibkan menghadiri kursus pendidikan oleh FA England.

Hukuman penggantungan tersebut akan dijalankan serta-merta. Ini bermakna beliau akan terlepas aksi 4 perlawanan akan datang bertemu Watford pagi Selasa ini, Arsenal, Southampton dan Everton.




Sumber: The Guardian.com


0 comments:

Post a Comment