Liga Juara-Juara Eropah berlangsung hangat seperti biasa pada minggu ini.
Kejohanan tertinggi di Eropah ini menghimpunkan kelab-kelab terbaik di Eropah sering menjanjikan aksi-aksi bertaraf dunia.
Kita perlu tahu bahawa kelab-kelab Eropah mempunyai kuasa wang yang tinggi.
Ini bermakna mereka yang beraksi di kejohanan ini bukan sahaja terbaik di Eropah. Bahkan secara tak langsung mereka juga menjadi terbaik di dunia dengan kemampuan kelab-kelab ini mengumpul pemain terbaik serata dunia.
Antara perlawanan mencuri tumpuan sudah semestinya perlawanan Borussia Dortmund- Real Madrid dan juga Atletico Madrid-Bayern Munich.
Perlawanan Dortmund-Madrid misalnya berlangsung dengan tempo yang sungguh tinggi.
Dortmund dilihat lebih banyak menguasai perlawanan berbanding Madrid. Kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan seri 2-2.
Manakala perlawanan Ateltico-Bayern pula bagai mengulangi aksi separuh akhir musim lalu. Kedua-dua pasukan mempunyai kepakaran masing-masing.
Anak buah Simeone terkenal dengan status pertahanan terbaik di Eropah dan Bayern pula gah dengan reputasi serangan yang mantap. Perlawanan berakhir dengan jaringan 1-0.
Berikut 6 perkara utama yang menghiasi saingan Liga Juara-Juara Eropah minggu ini:
Bayern terus bermasalah bertemu Atletico
Bayern turun ke Vicente Calderon dengan misi megubat kekecewaan kekalahan separuh akhir musim lalu. Kedua-duanya berada di dalam prestasi yang terbaik.
Bayern merekod 100 peratus kemenangan liga dari 6 perlawanan setakat ini. Atletico pula hanya bolos 2 gol dalam saingan liga selain baru sahaja mengikat Barcelona 1-1 di Nou Camp.
Bayern menguasai sebahagian besar perlawanan sebanyak 67 peratus.
Namun begitu jika dilhat dari segi percubaaan ke arah gol kedua-dua pasukan tampak seimbang.
Atletico bertahan dengan baik. Sekali sekala melancarkan serangan yang sungguh efektif.
Jan Oblak jelas menjadi tembok penghalang buat Bayern dengan banyak menyelamatkan percubaaan Bayern terutamanya rembatan jarak dekat Thomas Muller.
Griezmann terus menerima badi mengambil sepakan penalti apabila sepakan penalti beliau menemui palang gol di saat Neuer telah pun tertewas di gawang gol.
Statistik perlawanan Atletico vs Bayern |
Ketiadaaan Casemiro jejas Real Madrid
Selain daripada Ronaldo dan Bale, Casemiro juga penting buat Real Madrid. Ini dibuktikan dengan ketiadaan beliau pada perlawanan bertemu Dortmund.
Dalam perlawanan tersebut Dortmund jelas melancarkan serangan bertali arus ke kubu kuat Madrid.
Tiada individu yang berkesan menghalang lebih awal serangan Dortmund dari kawasan midfield mereka.
Dortmund yang terkenal dengan corak gegenpressing mereka terus rakus menekan pertahanan Madrid.
Real Madrid perlu berterima kasih kepada Keylor Navas yang banyak menyelamatkan percubaan merbahaya Dortmund.
Statistik perlawanan Dortmund vs Madrid |
Slimani terus hantui FC Porto
Leicester menjadi tuan rumah buat pertama kali di pentas utama Eropah. Seperti menyambut hari raya, mereka meraikan kemenangan pertama gelanggang sendiri di Eropah dengan kemenangan.
Slimani setakat ini telah menjaringkan 7 gol dalam 7 perlawanan bertemu Porto. 5 gol daripadanya diraih dalam 3 perlawanan bertemu Casillas.
Tidak syak, satu-satunya individu yang dibenci Casillas sekarang ini adalah Slimani.
Celtic bangkit dari kekalahan memalukan
Celtic kembali ke pentas Eropah selepas beberapa musim tidak beraksi.
Namun begitu, kempen Eropaj mereka tidak bermula dengan langkah kanan apabila dibelasah semahu-mahunya Barcelona di Nou Camp dengan jaringan 7-0.
Kejayaan mereka menewaskan musuh tradisi, Rangers beberapa hari sebelum itu seolah-oleh dilupakan.
Brendan Rodgers selaku pengurus Celtic mengakui kehebatan gergasi Sepanyol itu dan mereka segera bangkit memperbaiki kesilapan.
Hasilnya mereka berjaya mengikat Manchester City yang sedang berada di prestasi terbaik dengan keputusan 3-3 di gelanggang sendiri.
Walaupun keputusan seri tidak melayakkan mereka membawa bekalan mata yang baik tetapi bekalan semangat dilihat lebih penting di saat motivasi mereka telah direntap selepas kekalahan besar 7-0 bertemu Barcelona.
Dybala kembali menemui jaring gol
Dybala dikritik pada awal musim kerana mempamerkan aksi yang hambar. Ramai pihak mula berpendapat Dybala akan gagal mengulangi prestasi hebat musim lalu.
Beliau lantas memilih Dynamo Zagreb sebagai mangsa kebangkitan beliau dengan gol cantik rembatan kencang luar petak penalti.
Rekod kecemerlangan liga diteruskan Walcottt di pentas Eropah
Dibeli dari Southampton sewaktu baru sahaja berumur 16 tahun. Selain kepantasan, Walcott juga memiliki penyudah yang baik.
Beberapa hari sebelum perlawanan, Arsenal dan Chelsea bertemu terlebih dahulu dalam london derby.
Beliau cemerlang dalam pertemuan itu dengan menjadi salah seorang penjaring gol perlawanan. Arsenal menang 3-0.
Cakap-cakap sebelum perlawanan mengatakan Basel memiliki rekod yang baik bertemu kelab-kelab Inggeris.
Perkara tersebut tidak mematahkan semangat Walcott apabila cemerlang meyumbat 2 gol bertemu FC Basel.
Hanya masalah kecederaan sahaja yang perlu diatasi beliau sekiranya beliau mahu kekal konsisten berada di kelas tertinggi.
0 comments:
Post a Comment