Wednesday, 26 October 2016

Pulau Pinang Mungkin Beraksi di Liga Perdana Pada Musim Hadapan





Berita buruk khusus buat penyokong Pulau Pinang. Desas-desus mengatakan  bahawa mereka akan dipaksa beraksi kembali ke Liga Perdana untuk musim 2017.

Semuanya akan berlaku sekiranya rayuan yang dibuat oleh PDRM diluluskan oleh FMLLP. 

Terdahulu, PDRM telah membuat rayuan tersebut berikutan tindakan JDT menurunkan pemain yang digantung perlawanan iaitu Juan Martin Lucero pada perlawanan liga yang berkesudahan JDT menang 4-0 pada Ogos lalu.

PDRM melalui jurulatih mereka, Fauzi Pilus berkata mereka melakukan bantahan kerana sebelum perlawanan tersebut Lucero terlebih dahulu telah mengutip 3 kad kuning.

Jika mengikut peraturan yang ditetapkan, pemain yang mengumpul 3 kad kuning akan digantung 1 perlawanan sebelum dibenarkan beraksi kembali.

Mengikut kedudukan akhir di Liga Super, PDRM berada di kedudukan di bawah Pulau Pinang dengan 21 mata, 1 mata berbeza dengan Pulau Pinang yang mengumpul 22 mata di tangga ke 10. 

PDRM akan diberi 3 mata percuma seterusnya akan mengatasi Pulau Pinang yang berada di atas mereka sebelum rayuan dibuat.

Sebelum itu, PDRM dan Terengganu yang berada di kedudukan tercorot liga tersingkir ke Liga Perdana untuk musim hadapan.




Sumber: Berita Harian

2 comments:

  1. Replies
    1. Semuanya bergantung kepada keputusan FMLLP.

      Tapi JDT ada alasan untuk tolak keputusan.

      Atas alasan, kalau ikut peraturan pertandingan, sebarang bantahan perlawanan hanya diterima dalam tempoh 72 jam.

      Berdasarkan fakta, perlawanan Pdrm vs JDT 6 Ogos (dah melebihi tempoh 72 jam).

      Delete