Bola sepak adalah merupakan sebahagian daripada budaya Malaysia. Semuanya bermula pada tahun 1921, apabila kejohanan kebangsaan yang dikenali sebagai Piala Malaya diperkenalkan.
Sejak itu, kita telah menyaksikan pemain berbakat yang telah mencipta nama dalam sejarah Malaysia.
Kaum India sebagai salah satu kaum terbesar di Malaysia turut tidak ketinggalan melahirkan bakat-bakat yang hebat arena bola sepak negara.
Mereka yang diiktiraf antara yang terbaik adalah:
K. Sanbagamaran
Posisi: Midfield
Sanbagamaran telah diingati sebagai pemain bola sepak dengan Selangor dan Sabah.
Beliau dilihat seperti dianugerahkan dengan tenaga yang tanpa had, terkenal dengan menjadi pemusnah kepada serangan lawan selain bijak membawa bola ke arah gawang lawan.
Kemuncak kepada kerjaya beliau sudah pasti sewaktu Piala Tiger 1996 ( nama lama Piala Suzuki AFF) di Singapura, apabila beliau berjaya menjaringkan gol pertama pertandingan kali pertama dipertandingkan.
Thanabalan Nadarajah
Posisi: Penyerang
N.Thanabalan pertama kali mewakili Malaysia ketika beliau berumur 17 tahun
Beliau juga merupakan pemain bola sepak Malaysia yang telah mencipta pelbagai rekod.
Dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 1968 menentang Pulau Pinang, beliau menjaringkan 4 gol untuk Selangor, rekod yang kekal bertahan hingga kini.
Beliau juga berjaya menjaringkan 8 gol dalam 6 perlawanan sepanjang kejohanan Pesta Bola Merdeka 1968 yang menyaksikan Malaysia memenangi gelaran menewaskan Burma (sekarang Myanmar).
N. Thanabalan adalah seorang pemain bola sepak yang sangat ghairah dengan dunia bola sepak. Buktinya cukup jelas apabila beliau sanggup bermain di pentas akhir Pesta Bola Merdeka 1968 yang jatuh pada malam hari perkahwinannya.
R. Arumugam
Posisi: Penjaga Gol
Adalah menjadi satu 'dosa' buat penyokong tegar skuad kebangsaan jika tidak mengenali insan hebat ini.
Digelar sebagai Spiderman, Datuk R. Arumugam, adalah seorang penjaga gol legenda yang berasal dari Klang, Selangor.
Beliau membuat debut untuk pasukan Selangor pada umur yang cukup muda iaitu ketika berumur18 tahun.
Selangor juag telah memenangi Piala Malaysia sebanyak 8 kali selama tempoh beliau di sana.
Bersama Datuk Santokh Singh dan Soh Chin Aun, R. Arumugam juga membantu pasukan bola sepak kebangsaan memenangi kejohanan Pesta Bola Merdeka pada tahun 1973, 1974, 1976 dan 1979.
Beliau pernah mewakili Malaysia pada 7 edisi sukan SEA dan membantu Malaysia layak ke Olimpik Moscow 1980.
Pada Disember 1988, satu detik hitam berlaku dalam bola sepak negara apabila beliau disahkan terkorban dalam satu kemalangan kereta.
Dato' M. Chandran
Posisi: Pertahanan
Sejak tahun 1960, Dato M. Chandran menjadi tonggak utama dalam bola sepak Malaysia.
Di padang, beliau dikenali sebagai pertahanan yang keras dengan kelajuan dan fokus yang menakjubkan.
Bekas pertahanan Selangor ini telah menjadi tonggak asas ketika mewakili pasukan negeri dan kebangsaan.
Sebagai kapten pasukan kebangsaan selama 3 tahun, beliau telah mengetuai pasukan dengan mencipta sejarah layak ke Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.
M. Chandran juga pernah melatih pasukan kebangsaan Malaysia selama 4 tahun dan juga pasukan Selangor selama 5 tahun.
0 comments:
Post a Comment