Mourinho mempersoalkan keupayaan sesetengah pemain menangani tekanan pertarungan setempat dengan menyelar persembahan individu yang lemah selepas kekalahan 1-2 dan juga mengkritik pengadil perlawanan, Mark Clattenbug.
Beliau berang pengadil tidak menghadiahkan penalti kepada United dan kad merah kepada Bravo selepas penjaga gol tersebut melakukan kekasaran terhadap Rooney dalam kotak penalti.
Bagaimanapun pengurus United tetap juga menyalahkan anak buah sendiri. Mkhitaryan dan Lingard kedua-dua mereka digantikan pada rehat separuh masa begitupun beliau menegaskan di sana ada pemain yang turut beraksi hambar.
Kelemahan United
Beliau menjelaskan bahawa anak beliau hilang bola dengan terlalu mudah. Blind dan Bailly yang beraksi dengan baik sebelum ini tetapi hilang bola mudah dalam perlawanan ini.
"Perkara yang saya tegah itu juga yang sering dilakukan beberapa orang pemain. Saya beritahu mereka jangan bermain first-station ball ( hantaran pendek dari pertahanan ke midfield) kerana City gemar melakukan tekanan namun mereka tetap melakukannya. Bukan sekali sekala tetapi 20 kali."
Selain itu pemain United gagal menunjukkan konsentrasi dalam permainan sehingga dibolosi 2 gol pada separuh masa pertama. Kegagalan mengawal Kevin Bruyne memberi peluang pemain tersebut menjaringkan gol. Gol Iheanacho turut mendedahkan kelemahan benteng pertahanan United yang leka sehingga membenarkan beliau menjaringkan gol tanpa dikawal sesiapa.
Bravo Sepatutnya dikenakan Kad
Mengulas mengenai penjaga gol baharu tersebut Mourinho menegaskan Bravo wajar dibuang padang. "Saya tahu undang-undang permainan. Jelas sekali ia adalah penalti dan kad merah untuk Bravo.
Jika di luar kotak penalti, sepakan percuma dan kad merah. Apabila di dalam kotak penalti ia adalah lebih sukar buat pengadil dan kadangkala mereka seperti kita manusia berfikir dua kali sebelum melakukan pilihan yang besar.
"Jika Clattenbug tidak berfikir dua kali, ia penalti dan kad merah. United berkemungkinan menyamakan kedudukan dan perlawaanan terikat 2-2.
Skripnya pasti akan berubah. Kami dihukum dengan persembahan buruk kami di separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua kami dihukum oleh Mark (pengadil) disebabkan keputusan beliau yang salah."
Insiden Bravo dan Rooney
Sumber : the guardian.com
|
0 comments:
Post a Comment