Wednesday, 14 September 2016
Home »
barcelona
,
berita
,
bola sepak
,
brendan rodgers
,
celtic
,
football
,
liverpool
,
messi
,
news
,
neymar. champions league
,
sepak bola
,
suarez
» Rodgers: Kalah Besar kepada Barca, Tiada Apa Perlu Dimalukan
Rodgers: Kalah Besar kepada Barca, Tiada Apa Perlu Dimalukan
'Tak perlu malu." Itulah komen yang diberikan oleh Brendan Rodgers susulan kekalahan besar 7-0 anak buah beliau kepada Barcelona.
Beliau lebih selesa menghamburkan pujian di atas kualiti yang dimiliki oleh gergasi Sepanyol tersebut berbanding menuding kekurangan yang ada pada pasukan Celtic.
"Malam ini adalah merupakan malam yang sukar bagi kami lalui dan semestinya ia tidak berjalan dengan lancar."
Kekalahan tersebut merupakan yang keputusan terburuk dihadapi Rodgers sepanjang karier beliau bergelar pengurus pasukan dan juga kekalahan terbesar Celtic di pentas Eropah.
Barcelona sebelum ini tewas mengejut ke atas pendatang baru liga, Alaves lantas bangkit mencatatkan rekod kemenangan terbesar mereka di pentas Eropah.
Ia juga gandingan pertama trio MSN Barca, Messi, Suarez dan Neymar pada musim ini setelah Neymar selesai daripada tugasan antarabangsa bersama skuad Olimpik Brazil yang memenangi pingat emas.
Trio ini masing-masing mencetak nama sebagai penjaring gol dengan Messi menjadi pemain yang paling cemerlang mencatatkan hat-trick ke-6 beliau dalam Liga Juara-Juara Eropah.
Walaupun tewas besar, Celtic tetap memliki peluang untuk menjaringkan gol. Ia hadir daripada sepakan Moussa Dembele yang diselamatkan oleh Andre ter Stegen.
Ketika ditanya mengenai penalti tersebut, Brendan memberi respon: "Penjaga gol itu wajar diberikan kredit. Dembele secara sukarela mengambil penalti tersebut tetapi diselamatkan penjaga gol.
Beliau berharap Celtic mendapat pengajaran berguna cara memperbaiki teknik, bermain dengan cara mudah, menangani keadaan apabila bola diasak musuh dan tidak hilang bola dengan mudah kepada lawan.
0 comments:
Post a Comment