Friday, 30 September 2016
Home »
abramovich
,
Antonio conte
,
berita bola sepak
,
bola sepak
,
chelsea
,
conte jual pemain chelsea
,
epl
,
football news
,
kante
» Sukar Tidur Malam, Conte Cadang Jual 5 Pemain Chelsea
Sukar Tidur Malam, Conte Cadang Jual 5 Pemain Chelsea
Antonio Conte dilaporkan bercadang menyingkirkan 5 orang daripada senarai pemain skuad The Blues.
Chelsea kini terjelepok tangga ke-8 liga selepas dimalukan dengan kekalahan 3-0 musuh setempat, Arsenal pada Sabtu lalu.
Anak buah Conte gagal menang dalam 4 perlawanan terakhir mereka selain 'ditelanjangkan' oleh the Gunners di Stadium Emirates.
Bos Chelsea itu bercadang untuk merombak skuad sedia selepas melakukan 3 pertemuan berturut-turut dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich.
Akhbar Britain, The Times berkata Conte telah makan tengahari bersama dengan Abramovich di pusat latihan Chelsea selama 3 hari berturut-turut.
Pengendali Chelsea tersebut hanya menandatangani seorang pemain yang beliau benar-benar mahukan pada perpindahan musim panas lalu iaitu N'golo Kante dari Leicester City.
Perpindahan Michy Batshuayi pula hanya diaturkan oleh pengarah sukan, Michael Emenalo sementara David Luiz dan Marcos Alonso merupakan pembelian panik di saat-saat akhir.
Menurut akhbar The Sun, Conte telah memberitahu Abramovich bahawa dia ingin merombak semula skuad Chelsea pada Januari ini dengan 5 pemain bakal disingkirkan.
Pemain yang bakal menjadi mangsa adalah Ivanovic, Gary Cahill, Nemanja Matic, Cesc Fabregas dan Oscar.
Sukar tidur malam selepas kalah kepada Arsenal
Conte mengakui kekalahan kepada Arsenal menyebabkan beliau menjadi resah untuk tidur malam.
"Saya tak boleh tidur, benar. Saya tak boleh tidur," kata beliau.
"Selepas perlawanan ini, kekalahan ini (menentang Arsenal), ia adalah perkara biasa bagi saya untuk tidak tidur. Bukan sahaja 1 malam, tetapi untuk 2 malam.
Apabila saya tidak tidur, saya bermuhasabah dan ia adalah penting untuk kita bermuhasabah.
"Ia adalah penting kita mengambil pengalaman ini sebagai peluang untuk kita sedari yang kita mahu bangkit dengan secepat mungkin.
Berjuang untuk sesuatu adalah penting di England, ia adalah penting untuk berubah."
Kekalahan itu membolehkan Arsenal mencatatkan kemenangan pertama dalam liga ke atas Chelsea sejak 2011.
Dunia bola sepak moden begitu kejam. Mana-mana pengurus yang gagal untuk mencapai kejayaan dengan segera akan dipecat.
Masak dengan kerenah bola sepak, Conte membuat tindakan pantas dengan menyingkirkan pemain lebihan skuad sebelum jawatan beliau 'disingkirkan' oleh pemilik kelab.
p/s: Setiap manusia melakukan kesilapan dan individu terbaik yang adalah mereka yang segera sedar dan mampu bangkit dari kesilapan. Persoalannya, wajarkah pemain yang disenaraikan ini dibuang oleh Conte?
Sumber: Express.co.uk
0 comments:
Post a Comment