Thursday, 15 September 2016
Home »
argentina
,
belgium
,
fifa ranking
,
malaysia
,
ong kim swee
,
sepanyol
,
spain
,
thailand
» Ranking FIFA Malaysia Naik
Ranking FIFA Malaysia Naik
Penyokong bola sepak Malaysia meraikan Hari Malaysia dengan cukup bermakna dengan perubahan positif ranking FIFA bola sepak Malaysia.
Malaysia telah naik 9 tangga dengan berada di kedudukan ke-158 dalam senarai terbaru ranking yang dikeluarkan oleh badan persekutuan bola sepak antarabangsa itu.
Tidak banyak perubahan ketara berlaku dalam kedudukan 10 terbaik dunia yang mana Argentina dan Belgium masing-masing kekal di tempat pertama dan kedua.
Sementara itu, bekas juara dunia Sepanyol terkeluar daripada senarai 10 terbaik berada di tangga ke-11. Di peringkat Asia pula Iran unggul menjadi pasukan terbaik di Asia.
Thailand merupakan pasukan terbaik di Asia Tenggara apabila berada di kedudukan 135 secara keseluruhan.
0 comments:
Post a Comment