Bekas pemain Manchester United, Park Ji Sung akan menyambung pengajian beliau di Universiti De Montfort, Leicester.
Beliau dipercayai akan menyambung pengajian dalam bidang pengurusan sukan di universiti tersebut selama 3 bulan.
"Saya mahu memperbaiki ilmu bola sepak dari segenap segi dan berharap dapat berkhidmat di Liga Korea Selatan."ujar Ji Sung
Beliau yang kini merupakan duta global Manchester United telah bersara daripada menjadi pemain bola sepak, menghabiskan 7 musim beliau bersama kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.
Dalam tempoh tersebut beliau berjaya menjulang 4 kejuaraan liga dan 1 trofi Liga Juara-Juara Eropah.
Sumber: BBC Sport
0 comments:
Post a Comment