Tuesday, 27 September 2016

Selepas Kantoi, Allardyce Berundur Daripada Jawatan Pengurus England






Allardyce berundur daripada jawatan pengurus Three Lions setelah mencapai kata sepakat dengan FA England.


Sebelum ini, Allardyce telah dikesan menggunakan pengaruh beliau melanggar peraturan yang ditetapkan FA England mengenai hak pemilikan ketiga terhadap pemain.


Hasil rakaman video oleh akhbar Britan, The Telegraph mendedahkan, Allardyce telah bertemu dengan wakil firma dari Asia yang berminat untuk memilki hak pemilikan tersebut.


Firma tersebut dikatakan menyusun pertemuan dengan beliau untuk mempelajari cara untuk memanipulasi sistem tersebut. 


Sebagai upah Allardyce akan dibayar sebanyak 400 ribu pound (RM 2.1 juta) untuk mengajar teknik mendapatkan hak pemilikan ketiga pemain.

 
Malangnya wakil firma tersebut sebenarnya adalah wartawan yang menyamar sebagai individu yang berminat dengan hak pemilikan tersebut.


Maksud hak pemilikan ketiga di sini ialah melibatkan kuasa sesebuah syarikat memiliki hak kepentingan terhadap pemain tertentu.  


Ianya telah diharamkan  oleh FA England pada tahun 2008 dan FIFA pada 2015.




Mengutuk individu tertentu
 
Selain dirakam cuba melanggar peraturan yang ditetapkan FA England, beliau juga telah dirakam mengutuk beberapa individu yang pernah terlibat dengan skuad kebangsaan England. 


Individu yang menjadi mangsa kutukan beliau adalah bekas pegurus England terdahulu, Roy Hodgson dan juga bekas penolong pengurus England iaitu Gary Neville.


Di dalam rakaman itu beliau mengutuk Hodgson di atas prestasi hambar England pada kejohanan Euro lalu. 


Beliau juga telah menuduh Neville cuba melangkaui tugas sebenar sebagai penolong pengurus dengan mengganggu perancangan pengurus pasukan.


Walaupun dipaksa berundur, Allardyce harus berterima kasih kepada FA England kerana telah membantu beliau mencipta rekod tersendiri.

 
Beliau kini  berjaya mencatatkan rekod  menjadi satu-satunya pengurus  yang berjaya mencatatkan rekod kemenangan 100 peratus melatih England.


Namun begitu ia berlaku hanya selepas 1 perlawanan beliau melatih pasukan England.


Syabas Big Sam. Anda Lagenda.





0 comments:

Post a Comment