Permainan video FIFA begitu popular di kalangan kaki game terutamanya mereka yang berminat dengan bola sepak.
Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mencuba permainanan video tersebut setiap kali musim baharu bermula.
Setiap kali musim baharu pasti ada perubahan yang berlaku sama ada dari segi game play mahupun grafik.
Manakala rating pemain juga sering berubah berdasarkan rekod persembahan mereka pada musim sebelum itu.
Pemain bola sepak professsional turut tidak melepaskan bermain permainan ini.
Salah seorang daripada mereka adalah Griezmann yang merupakan penyerang Perancis dan kelab Atletico Madrid.
Kebiasaannya, setiap kali bermain pastinya seorang gamer itu mempunyai pasukan favourite masing-masing. Tetapi Griezmann sebaliknya, mempunyai senarai team yang tidak mungkin beliau pilih setiap kali bermain FIFA.
Alasan Griezmann
Peliknya, pasukan tersebut merupakan kelab yang beliau sertai sendiri sebagai pemain professional iaitu Atletico Madrid. Beliau bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri untuk menyatakan sedemikian.
Jawapannya adalah beliau seorang yang tamak. Ini kerana setiap kali memilih Atletico beliau pasti akan membolot bola menggunakan 'diri' beliau sendiri di dalam permainan.
"Saya tidak akan memilih Atletico kerana saya pasti memberi bola kepada diri saya setiap masa," jelas Griezmann.
Ini tidak pelik kerana Griezmann sendiri mempunyai kualiti 'gentelan' dan penyudah yang baik sama ada di dunia sebenar atau di dalam permainan video tersebut.
Griezmann mempunyai musim yang cemerlang pada musim lepas apabila berjaya membantu pasukannya mara ke 2 final iaitu Liga Juara-Juara Eropah dan Euro 2016 ketika mewakili Atletico dan Perancis.
Namun begitu kedua-duanya dikecewakan oleh pasukan yang disertai Cristiano Ronaldo dengan beliau sekadar berpuas hati menjadi naib johan.
Sumber: The Sun.co.uk
0 comments:
Post a Comment