Friday, 30 September 2016

Kisah Pemain Yang Pernah Bemain Untuk Arsenal dan Barcelona


 


Arsenal dan Barcelona adalah 2 pasukan  berkongsi corak fancy football.


Sejak Wenger ambil alih jawatan pengurus Arsenal 20 tahun lalu, mereka telah menjadi kuasa besar di England.


Daripada laungan boring boring Arsenal, mereka bertukar kepada permainan yang berseni. "Arsenal yang dulu bukanlah yang sekarang (sila nyanyi mengikut rentak lagu Tegar)."


Namun begitu permainan berseni  mereka semakin tidak mendapat tempat pada hati segelintir penyokong mereka sejak beberapa tahun ini, setelah mereka dahagakan untuk meraih kejuaraan liga. 


Kali terakhir pada musim 03/04. Ketika itu mereka meraih kemenangan liga dengan gayanya apabila menamatkan musim tanpa kekalahan dalam liga. 


Mereka  mendapat pengiktirafan dengan diberi trofi edisi istimewa bersalut emas sebagai rekod kejayaan unik mereka.


Berbalik kepada pemain bintang yang pernah menyinar bersama Arsenal dan Barcelona. 


Kedua-dua kelab berkongsi pemain-pemain yang pernah bermain untuk Arsenal dan Barcelona.



Barcelona paling banyak membeli pemain Arsenal. Mereka secara keseluruhan telah membelanjakan £123 juta dengan membawa masuk bintang-bintang Arsenal ke Nou Camp.


Senarai di bawah ini terdiri daripada yang sudah bersara dan masih aktif lagi bermain. Mari kita ketahui siapakah  pemain-pemain ini?


10. Aleksandr Hleb




Pemain Belarus yang mempunyai kemahiran tinggi. Beliau mampu membelah pertahanan melalui gelecekan dan hantaran yang berkualiti. 


Apabila Barcelona memilih mendapatkan Aleksandr Hleb pada tahun 2008 ramai yang sukar untuk percaya dengan mereka.


Ya, beliau telah menikmati kempen 2007/08 yang baik, tetapi beliau tidak kelihatan seperti seorang pemain yang bersedia untuk melangkah pergi ke gergasi Eropah itu.




Hal ini dapat dibuktikan apabila Hleb gagal di Barcelona, ​​dengan hanya membuat  19 penampilan dalam tempoh 4 tahun selain sering dipinjam keluar dalam tempoh tersebut.





9. Sylvinho




Sylvinho adalah  bek menyerang dalam acuan Brazil yang mengukir nama  dalam pasukan Arsenal itu sekitar awal milenium. 


Walaubagaimanapun, kemunculan Ashley Cole menyebabkan beliau telah kehilangan minit permainan di Arsenal, dan dia telah dijual kepada Celta Vigo.


Selepas tiga musim yang baik di sana, beliau berpindah ke Barcelona.



Walaupun tidak menjadi pemain tetap di Camp Nou, beliau masih lagi menjadi pemain yang berkualiti buat Barcelona.

Setiap kali diturunkan beliau juga seringkali tidak mengecewakan.


Apabila dia meninggalkan Barcelona untuk kembali ke England dan Manchester City pada tahun 2009, beliau telah pun memenangi 3 gelaran domestik selain 2 Liga Juara-Juara sepanjang tempoh beliau di Barcelona.



8. Thomas Vermaelen

 


Pertahanan kental dari Belgium ini telah dibeli oleh Wenger dari Ajax Amsterdam.

Biarpun beraksi di pertahanan tengah namun beliau mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol.


Kebanyakannya hadirnya melalui tandukan dan sepakan beliau yang kencang.


Selain baik ketika bertahan, Vermaelen juga mampu membantu serangan pasukan dengan berkesan.


Jadi tidak hairanlah jika Barcelona sungguh beria mahukan khidmat beliau di Nou Camp.


Namun begitu kerjaya beliau di Nou Camp tidak berjalan lancar. Ini adalah disebabkan masalah kecederaan sering menghantui beliau sejak di Arsenal lagi.


Kini beliau dipinjamkan ke Roma setelah mengharungi kempen yang sukar di Barcelona.


Menariknya debut beliau di Roma hanya berlangsung 41 minit apabila dilayangkan kad merah ketika pertemuan dengan Porto di pusingan kelayakan Liga Juara-Juara. 


Berang dengan tindakan Vermaelen, jurulatih AS Roma, Luciano Spalletti bertindak mengkritik tindakan beliau yang mengakibatkan pasukan beraksi 10 pemain seterusnya gagal layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.



7. Alex Song

 


Alex Song adalah pemain lain yang kerjayanya merosot teruk sejak berpindah dari Arsenal ke Barcelona. 


Selepas bermula sebagai seorang remaja yang sangat mentah di Arsenal, dia akhirnya berjaya menjadi seorang defensive midfielder yang hebat  kerana mampu menyalurkan bola dengan baik  selain mampu untuk merampas bola daripada penguasaan lawan


Aksi mantap beliau berjaya menarik perhatian Barcelona, ​​dan beliau berpindah ke gergasi Sepanyol itu pada tahun 2012.


Walaupun  berjaya  memenangi gelaran liga pada musim pertamanya bersama pasukan baru, dia hanyalah pemain biasa-biasa sahaja di sana



Hakikatnya, beliau banyak menghabiskan  tempoh pinjaman di   West Ham berbanding menjadi pemain tetap buat Barca.

Ini menunjukkan dia mungkin  lebih baik dengan hanya kekal bersama Gunners. 


Mungkin sekarang Wenger tersenyum lebar dengan keputusan salah  Song untuk menolak kekal lama di Arsenal.
 



6. Giovanni Van Bronckhorst




Pemain asal Belanda ini mempunyai darah Indonesia di sebelah ibunya. 


Kini beliau menjadi pengurus Feyenoord yang baru sahaja menewaskan Manchester United di Liga Europa.


Salah seorang pemain pasti diturunkan ketika zaman gemilang Frank Rijkaard di Barcelona. 


Kerjaya beliau di Arsenal telah dicemari oleh kecederaan lutut yang serius sehingga gagal untuk menunjukkan potensi yang sebenar di sana.


Walau bagaimanapun, beliau tetap sempat memperoleh trofi liga tahun 2002 dan mengulangi kejayaan sama di Barcelona pada tahun 2005 dan 2006. 



Pada 2006 beliau telah memenangi gelaran Liga Juara-Juara bersama Barcelona. Beliau telah diturunkan kesebelasan utama di perlawanan akhir tersebut dengan menewaskan kelab lama beliau Arsenal.


Kunci kejayaan beliau adalah hasil pertukaran posisi daripada seorang midfield kepada pertahanan kiri yang hebat.



Pada usia 35 tahun Van Bronckhost masih lagi menjadi pemain utama buat Belanda. 


Sepakan kencang jarak jauh beliau sewaktu aksi separuh akhir Piala Dunia 2010 bertemu Uruguay  dinobatkan sebagai salah satu gol terbaik kejohanan.


Van Bronckhorst menikmati kerjaya antarabangsa yang sangat baik dengan menjadi naib juara Piala Dunia 2010 bersama Belanda.



5. Emmanuel Petit




Di Arsenal, Emmanuel Petit adalah seorang pemain sangat berpengaruh hasil  gandingan mantap di bahagian tengah bersama Patrick Vieira. 


Mereka berdua  telah dikenang sebagai legenda yang pernah beraksi di sana.


Namun beliau gagal untuk mengulangi aksi hebat beliau  di Barcelona.



Selepas menyertai pada tahun 2000, beliau hanya menghabiskan 1 musim di Sepanyol sebelum kembali ke London beraksi untuk Chelsea.



Petit membuat 63 penampilan untuk pasukan kebangsaan Perancis, memenangi Piala Dunia dan Kejohanan Eropah. 


Gelaran domestik yang diraih di Perancis dan England, membuktikan bahawa beliau adalah seorang bakat utama dalam dunia bola sepak



4. Marc Overmars

 


Marc Overmars adalah salah satu bakat bola sepak yang menyinar era 90-an. 


Kerjaya awal beliau dijejaskan oleh masalah kecederaan, tetapi  Arsene Wenger telah melihat beliau amat sesuai dengan pasukan dan membawanya ke London untuk berpasangan  dengan rakan Belanda beliau, Dennis Bergkamp. 


Kelajuan dan penyudah baik Overmars dari sayap kiri membuat beliau cukup sempurna untuk peranan No. 10 di Arsenal.


Beliau berpindah ke Barcelona bersama Emmanuel Petit pada tahun 2000, tetapi kecederaan yang berulang kembali, menghalang beliau mencapai kejayaan yang serupa di London.




Beliau terpaksa bersara awal pada tahun 2004 tetapi muncul  kembali pada 2008 untuk bermain 1 musim dengan Go Ahead Eagles. 



Salah seorang pemain yang berbakat tetapi dihalang oleh masalah kecederaan.



3. Cesc Fabregas




Karier Cesc Fabregas di Arsenal telah diselangi oleh 2 tempoh beliau bersama Barcelona. 

Beliau memulakan di akademi belia mereka sebelum berpindah ke Arsenal dan kemudian kembali semula ke Camp Nou.


Fabregas menjadi salah satu pemain tengah terbaik dalam sejarah Arsenal. 



Malang buat Arsenal apabila beliau kembali ke Barcelona pada saat mereka memiliki salah seorang midfield terbaik dalam sejarah bola sepak.



2. Alexis Sanchez

 


Selain Fabregas, Sanchez juga pemain yang berpindah dari Barcelona ke Arsenal. 


Tetapi keadaan mereka berbeza, dengan Fabregas berasal dari akademi Barcelona sedangkan sebelum Sanchez ke Barcelona beliau terlebih dahulu cemerlang di Udinese. 


Walaupun keputusan Barcelona menjual Alexis Sanchez adalah untuk memberi ruang kepada kemasukan Luis Suarez, ia adalah salah kita katakan Sanchez mengalami musim yang gagal di sana. 


 Sanchez memenangi 3 trofi utama selain menjaringkan 39 gol dalam 88 perlawanan.



Sejak tiba di Arsenal, bakat Alexis tampak lebih berkembang lagi. Beliau berjaya memenangi Piala FA dan Copa America dan menjadi  pemain penting dalam gaya permainan Arsenal.




1. Thierry Henry

 


Tipu jika anda tidak mengenali individu ini. Beliau bukan sahaja menjadi lagenda di Arsenal bahkan di Liga Perdana Inggeris. 


Henry harus berterima kasih kepada Wenger kerana memberi peluang kepada  beliau menunjukkan bakat di sana. 


Sejak dibeli dari Juventus Wenger telah mengubah posisi asal beliau dari seorang pemain sayap kepada striker tengah yang disegani. 


Siapa boleh lupa dengan gol lencong cantik yang dipersembahkan di Liga Perdana Inggeris saban minggu. 


Anda mungkin boleh membenci Arsenal tetapi sukar untuk berhenti mengagumi bakat yang ada pada beliau. 


Thierry Henry amat layak untuk disenaraikan sebagai yang terbaik dalam senarai-senarai ini. 


Beliau akan diingati di Barcelona dan boleh dikatakan pemain terbaik dalam sejarah Arsenal.


Tempoh beliau di London menyaksikan Henry dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman.


Hancur luluh harapan peminat  Arsenal apabila beliau membuat keputusan berpindah ke Camp Nou seperti mana kecewanya peminat United apabila mengetahui Ronaldo akan berpindah ke Real Madrid.


Beliau berjaya memenangi treble bersejarah bersama Barcelona pada tahun 2009 ketika dibimbing oleh Pep Guardiola.


Tanpa ragu-ragu lagi bahawa Henry adalah pemain terbaik yang pernah mewakili Arsenal dan Barcelona. 



Melihat keadaan Giroud sekarang, peminat Arsenal pasti merindui sentuhan Henry dahulu.






Sukar Tidur Malam, Conte Cadang Jual 5 Pemain Chelsea

 


Antonio Conte dilaporkan bercadang menyingkirkan 5 orang daripada senarai pemain skuad The Blues.


Chelsea kini terjelepok tangga ke-8 liga selepas dimalukan dengan kekalahan 3-0 musuh setempat, Arsenal pada Sabtu lalu.


Anak buah Conte gagal menang dalam 4 perlawanan terakhir mereka selain 'ditelanjangkan' oleh the Gunners di Stadium Emirates.


Bos Chelsea itu bercadang untuk merombak skuad sedia selepas melakukan  3 pertemuan berturut-turut dengan pemilik Chelsea, Roman Abramovich.


Akhbar Britain, The Times berkata Conte telah makan tengahari bersama dengan Abramovich di pusat latihan Chelsea selama 3 hari berturut-turut.


Pengendali Chelsea tersebut hanya menandatangani seorang pemain yang beliau benar-benar mahukan pada perpindahan musim panas lalu iaitu N'golo Kante dari Leicester City. 


Perpindahan Michy Batshuayi pula hanya diaturkan oleh pengarah sukan, Michael Emenalo sementara David Luiz dan Marcos Alonso merupakan pembelian panik di saat-saat akhir.


Menurut akhbar The Sun, Conte telah memberitahu Abramovich bahawa dia ingin merombak semula skuad Chelsea pada Januari ini dengan 5 pemain bakal disingkirkan.


Pemain yang bakal menjadi mangsa adalah Ivanovic, Gary Cahill, Nemanja Matic, Cesc Fabregas dan Oscar.


Sukar tidur malam selepas kalah kepada Arsenal

Conte mengakui kekalahan kepada Arsenal menyebabkan beliau menjadi resah untuk tidur malam.


"Saya tak boleh tidur, benar. Saya tak boleh tidur," kata beliau.


"Selepas perlawanan ini, kekalahan ini (menentang Arsenal), ia adalah perkara biasa bagi saya untuk tidak tidur. Bukan sahaja 1 malam, tetapi untuk 2 malam. 


Apabila saya tidak tidur, saya bermuhasabah dan ia adalah penting untuk kita bermuhasabah.


"Ia adalah penting kita mengambil pengalaman ini sebagai peluang untuk kita sedari yang kita mahu bangkit dengan secepat mungkin. 


Berjuang untuk sesuatu adalah penting di England, ia adalah penting untuk berubah."


Kekalahan itu membolehkan Arsenal mencatatkan kemenangan pertama dalam liga ke atas Chelsea sejak 2011.


Dunia bola sepak moden begitu kejam. Mana-mana pengurus yang gagal untuk mencapai kejayaan dengan segera akan dipecat.


Masak dengan kerenah bola sepak, Conte membuat tindakan pantas dengan menyingkirkan pemain lebihan skuad sebelum jawatan beliau 'disingkirkan' oleh pemilik kelab.


p/s: Setiap manusia melakukan kesilapan dan individu terbaik yang adalah mereka yang segera sedar dan mampu bangkit dari kesilapan. Persoalannya, wajarkah pemain yang disenaraikan ini dibuang oleh Conte?



Sumber: Express.co.uk

Thursday, 29 September 2016

Scholes: Liverpool Mampu Juarai Liga





Bekas pemain Manchester United itu percaya anak buah Jurgen Klopp itu ada kualiti serangan yang baik untuk mencabar secara serius takhta liga pada musim ini.


Paul Scholes memberi petunjuk  Liverpool  mampu mencabar kejuaraan liga berdasarkan permulaaan positif yang ditunjukkan pada awal musim.


Liverpool kini berjaya mengumpul 13 mata daripada 6 perlawanan liga dan menduduki tangga ke-4 dalam liga.


Lagenda United itu percaya anak buah Jurgen Klopp mempunyai gol yang cukup dalam pasukan untuk mendaki cabaran kejuaraan secara serius. 


"Liverpool menunjukkan mereka adalah pasukan yang mampu memenangi liga. 


Saya fikir ia cabaran yang besar buat United bertemu mereka (17 Oktober nanti) dan mendapatkan sesuatu dari situ," ujar Scholes kepada BT Sport.


"Saya sedikit bimbang tentang bahagian pertahanan mereka tetapi anda perlu katakan, dengan kualiti serangan yang mereka tunjukkan ketika ini, mereka kelihatan mampu menjaringkan gol menentang sesiapa sahaja."


p/s: Bekas pasukan musuh sendiri telah memberi pendapat tentang kemampuan mereka. Apa pula pendapat anda?



Sumber: Goal.com

6 Perkara Utama Perlawanan Liga Juara-Juara Minggu Ini




Liga Juara-Juara Eropah berlangsung hangat seperti biasa pada minggu ini. 


Kejohanan tertinggi di Eropah ini menghimpunkan kelab-kelab terbaik di Eropah sering menjanjikan aksi-aksi bertaraf dunia. 


Kita perlu tahu bahawa kelab-kelab Eropah mempunyai kuasa wang yang tinggi. 


Ini bermakna mereka yang beraksi di kejohanan ini bukan sahaja terbaik di Eropah. Bahkan secara tak langsung mereka juga menjadi terbaik di dunia dengan kemampuan kelab-kelab ini mengumpul pemain terbaik serata dunia.


Antara perlawanan mencuri tumpuan sudah semestinya perlawanan Borussia Dortmund- Real Madrid dan juga Atletico Madrid-Bayern Munich. 


Perlawanan Dortmund-Madrid misalnya berlangsung dengan tempo yang sungguh tinggi. 


Dortmund dilihat lebih banyak menguasai perlawanan berbanding Madrid. Kedua-dua pasukan berpuas hati dengan keputusan seri 2-2.


Manakala perlawanan Ateltico-Bayern pula bagai mengulangi aksi separuh akhir musim lalu. Kedua-dua pasukan mempunyai kepakaran masing-masing. 


Anak buah Simeone terkenal dengan status pertahanan terbaik di Eropah dan Bayern pula gah dengan reputasi serangan yang mantap. Perlawanan berakhir dengan jaringan 1-0.


Berikut 6 perkara utama yang menghiasi saingan Liga Juara-Juara Eropah minggu ini:



Bayern terus bermasalah bertemu  Atletico

Bayern turun ke Vicente Calderon dengan misi megubat kekecewaan kekalahan separuh akhir musim lalu. Kedua-duanya berada di dalam prestasi yang terbaik. 


Bayern merekod 100 peratus kemenangan liga dari 6 perlawanan setakat ini. Atletico pula hanya bolos 2 gol dalam saingan liga selain baru sahaja mengikat Barcelona 1-1 di Nou Camp. 


Bayern menguasai sebahagian besar perlawanan sebanyak 67 peratus. 


Namun begitu jika dilhat dari segi percubaaan ke arah gol kedua-dua pasukan tampak seimbang. 


Atletico bertahan dengan baik. Sekali sekala melancarkan serangan yang sungguh efektif. 


Jan Oblak jelas menjadi tembok penghalang buat Bayern dengan banyak menyelamatkan percubaaan Bayern terutamanya rembatan jarak dekat Thomas Muller. 


Griezmann terus menerima badi mengambil sepakan penalti apabila sepakan penalti beliau menemui palang gol di saat Neuer telah pun tertewas di gawang gol.   

Statistik perlawanan Atletico vs Bayern




Ketiadaaan Casemiro jejas Real Madrid

Selain daripada Ronaldo dan Bale, Casemiro juga penting buat Real Madrid. Ini dibuktikan dengan ketiadaan beliau pada perlawanan bertemu Dortmund. 


Dalam perlawanan tersebut Dortmund jelas melancarkan serangan bertali arus ke kubu kuat Madrid. 


Tiada individu yang berkesan menghalang lebih awal serangan Dortmund dari kawasan midfield mereka. 


Dortmund yang terkenal dengan corak gegenpressing mereka terus rakus menekan pertahanan Madrid. 


Real Madrid perlu berterima kasih kepada Keylor Navas yang banyak menyelamatkan percubaan merbahaya Dortmund. 


Statistik perlawanan Dortmund vs Madrid



Slimani terus hantui FC Porto

Leicester menjadi tuan rumah buat pertama kali di pentas utama Eropah. Seperti menyambut hari raya, mereka meraikan  kemenangan pertama gelanggang sendiri di Eropah dengan kemenangan. 


Slimani setakat ini telah menjaringkan 7 gol dalam 7 perlawanan bertemu Porto. 5 gol daripadanya diraih dalam 3 perlawanan bertemu Casillas. 


Tidak syak, satu-satunya individu yang dibenci Casillas sekarang ini adalah Slimani.



Celtic bangkit dari kekalahan memalukan

Celtic kembali ke pentas Eropah selepas beberapa musim tidak beraksi. 


Namun begitu, kempen Eropaj mereka tidak bermula dengan langkah kanan apabila dibelasah semahu-mahunya Barcelona di Nou Camp dengan jaringan 7-0. 


Kejayaan mereka menewaskan musuh tradisi, Rangers beberapa hari sebelum itu seolah-oleh dilupakan. 


Brendan Rodgers selaku pengurus Celtic mengakui kehebatan gergasi Sepanyol itu dan mereka segera bangkit memperbaiki kesilapan.


Hasilnya mereka berjaya mengikat Manchester City yang sedang berada di prestasi terbaik dengan keputusan 3-3 di gelanggang sendiri.


Walaupun keputusan seri tidak melayakkan mereka membawa bekalan mata yang baik tetapi bekalan semangat dilihat lebih penting di saat motivasi mereka telah direntap selepas kekalahan besar 7-0 bertemu Barcelona.



Dybala kembali menemui jaring gol

Dybala dikritik pada awal musim kerana mempamerkan aksi yang hambar. Ramai pihak mula berpendapat Dybala akan gagal mengulangi prestasi hebat musim lalu. 


Beliau lantas memilih Dynamo Zagreb sebagai mangsa kebangkitan beliau dengan gol cantik rembatan kencang luar petak penalti.



Rekod kecemerlangan liga diteruskan Walcottt di pentas Eropah 

Dibeli dari Southampton sewaktu baru sahaja berumur 16 tahun. Selain kepantasan, Walcott juga memiliki penyudah yang baik. 


Beberapa hari sebelum perlawanan, Arsenal dan Chelsea bertemu terlebih dahulu dalam london derby. 


Beliau cemerlang dalam pertemuan itu dengan menjadi salah seorang penjaring gol perlawanan. Arsenal menang 3-0.


Cakap-cakap sebelum perlawanan mengatakan Basel memiliki rekod yang baik bertemu kelab-kelab Inggeris. 


Perkara tersebut tidak mematahkan semangat Walcott apabila cemerlang meyumbat 2 gol bertemu FC Basel.


Hanya masalah kecederaan sahaja yang perlu diatasi beliau sekiranya beliau mahu kekal konsisten berada di kelas tertinggi.





Wednesday, 28 September 2016

Claudio Bravo Dedah Sebab Utama Ke City





Bola sepak England gempar seketika apabila pengurus baharu City iaitu Guardiola bertindak menyisihkan Joe Hart dari senarai penjaga gol utama pasukan. 


Ramai yang berpendapat Guardiola bertindak sedemikian kerana merasakan Joe Hart tidak sesuai dengan falsafah bola sepak yang beliau cuba terapkan. 


Kalau boleh Guardiola mahukan 11 orang pemain di atas padang mampu memegang bola dengan selesa. 


Sejak dari Barcelona ke Bayern dan hingga ke City beliau amat menekankan penguasaan bola. Kebanyakan gerakan serangan yang dirancang dimulakan dari bawah (penjaga gol). 


Melihat kegagalan Joe Hart menyesuaikan diri dengan falsafah bola sepak beliau. Joe Hart digugurkan dan digantikan oleh Willy Caballero. Tetapi itu bukan penamat segalanya buat Joe Hart. 


Kisah bermula apabila Guardiola mendatangkan khas Claudio Bravo dari Barcelona untuk menjadi penjaga gol utama City. Peluang Joe Hart dilihat semakin sempit. 


Beliau akhirnya dipinjam keluar ke kelab Serie A Itali, Torino FC supaya karier beliau kembali bernafas seperti sebelum ini.


Liga Perdana Inggeris amat berbeza berbading La Liga Sepanyol. Di sini sering menggunakan bola tinggi, hantaran lintang untuk melancarkan serangan. 


Selain itu mereka juga begitu berkiblatkan kepantasan dan permainan secara fizikal sebagai resepi untuk berjaya beraksi di liga ini.


Jadi tidak hairan jika Bravo kelihatan gugup sewaktu debut liga menentang jiran setempat Manchester United.


Dalam perlawanan tersebut, beliau dilhat melakukan kesilapan sehingga melepaskan gol mudah. Beliau gagal untuk mencabar hantaran bola tinggi dengan baik sehingga memberi peluang kepada Ibrahimovic menjaringkan gol. 


Guardiola bagaimanapun melihat perkara tersebut sebagai sesuatu yang positif memandangkan Bravo masih dalam proses menyesuaikan diri. Sejak itu, aksi beliau bertambah baik. Setiap minggu beliau semakin serasi bersama rakan pasukan dan corak liga Inggeris.




Alasan kuat ke City
 
Beliau mempunyai alasan yang kuat (selain wang) untuk menyahut cabaran beraksi buat Manchester City. 


Bukan mudah untuk memperjudikan nasib bersama pasukan baru lebih-lebih lagi, kelab lama beliau Barcelona merupakan salah sebuah kelab terbaik di dunia.  


Beliau telah mendedahkan bahawa beliau berkongsi falsafah dan corak permainan yang sama dengan pasukan (City). Beliau juga berhasrat menjadi sebahagian (ahli) daripada mereka.


"Saya tertarik dengan fakta yang mengatakan  bahawa saya bukan hanya sekadar seorang penjaga gol. Saya sering membantu (pasukan) memulakan serangan dari bawah." jelas Bravo


Barangkali Bravo ingin mencontohi apa yang dilakukan Manuel Neuer di Bayern Munich.


City akan bertemu Celtic di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi ini (Rabu) selepas mempamerkan aksi mantap membenam cabaran wakil dari Jerman, Borussia Mönchengladbach dengan jaringan 4-0.