Monday, 3 October 2016

Walaupun Dipenjara, Adam Johnson Masih Mampu Peroleh 5,000 Pound Seminggu




Pesalah pedofil Adam Johnson, masih mampu memperoleh £5,000 seminggu walaupun kini dipenjara.


Bekas bintang Manchester City dan Sunderland itu dihukum penjara 6 tahun kerana salah laku seksual ke atas remaja berusia 15 tahun.


Sunderland memecat Johnson selepas mahkamah memutuskan beliau didapati bersalah atas perbuatan itu.


Walapun begitu beliau masih mempunyai wang yang cukup apabila dibebaskan dari penjara nanti.


Beliau sebelum ini telah melabur wang sebanyak £5 juta dalam pasaran hartanah dan mengaut pulangan yang banyak hasil pelaburan tersebut.


Salah satu sumber mengatakan bahawa beliau telah menjana pendapatan yang banyak dalam masa beberapa tahun hasil daripada pasukan penasihat kewangan yang baik.


Walapun memiliki rumah dan kereta yang mewah tetapi Johnson tidak pernah boros dengan wang yang beliau ada.


Beliau dijangka akan kekal hidup dengan mewah selepas dibebaskan dari penjara.


Johnson dijatuhi hukuman penjara 6 tahun pada Mac lalu atas kesalahan mencabul peminat wanita berusia 15 tahun.


Sumbet: Dailystar.co.uk

0 comments:

Post a Comment