Saturday, 1 October 2016

Disebabkan Kibar Bendera Palestin, UEFA Denda CELTIC RM 46,000




Celtic telah didenda sebanyak £8,616 (RM 46,121) oleh UEFA selepas penyokong mereka mempamerkan banner haram semasa pertemuan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah menentang Hapoel Be'er Sheva.


Penyokong Celtic turut mengibarkan bendera Palestin sebelum dan semasa perlawanan menentang wakil Israel itu pada 17 Ogos lalu yang mengakibatkan mereka didenda oleh badan bola sepak Eropah itu.


Juara Scotland itu sebelum ini telah pun didenda 8 kali dalam tempoh 5 musim oleh UEFA atas kesalahan yang sama.


2 tahun lalu mereka didenda £16,000 kerana mengibarkan bendera Palestin sewaktu perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah menentang KR Reykjavik.


Bulan lalu, beberapa peminat kelab itu telah melancarkan kempen dalam talian dalam usaha untuk mengumpul dana bagi badan amal Palestin, dan pada masa yang sama bertujuan membayar denda yang dikenakan oleh UEFA.


Setakat ini kutipan derma ini telah melebihi £ 100,000.


Tahniah Celtic, anda memang berani!



Sumber: Espnfc.com

0 comments:

Post a Comment