Barcelona membuktikan mereka juga manusia biasa yang ada pasang surut setelah tewas dengan jaringan besar 4-3 kepada Celta Vigo.
Dalam aksi di gelanggang lawan itu Barcelona turun tanpa bintang utama, Messi yang diketepikan kerana kecederaan.
Celta Vigo mengejutkan gergasi Sepanyol itu dengan mendahului permainan dengan jaringan 3-0 di hadapan.
Gol tersebut adalah hasil jaringan Sisto, Aspas dan jaringan sendiri oleh Jeremy Mathieu.
Bersambung separuh masa kedua Pique memberi harapan kepada barisan pelawat dengan jaringan gol selepas 13 minit permainan bermula.
Barcelona kemudian merapatkan jurang gol apabila Neymar berjaya menyempurnakan sepakan penalti selepas Andre Gomes dikasari terlebih dahulu.
Hari Malang Buat Ter Stegen
Bencana yang dihadapi Barcelona semakin parah apabila gawang mereka bocor lagi hasil kesilapan penjaga gol Barcelona, Ter Stegen yang gagal mengeluarkan bola dengan baik.
Pablo Hernandez bijak mengambil kesempatan daripada keadaan tersebut dengan memintas bola dan menanduk masuk gol jaringan buat Celta Vigo.
Gerrard Pique sekali lagi berjaya menemui gawang gol dengan menanduk masuk bola ke gawang Celta Vigo pada minit 87.
Namun begitu jaringan itu tidak cukup untuk menyelamatkan Barcelona daripada menerima kekalahan. Tamat permainan keputusan kekal 4-3.
Barcelona tewas dengan pasukan dan jaringan yang pada musim.
Celta Vigo merupakan bekas kelab lama yang dibimbing Luis Enrique sebelum ke berhijrah ke Barcelona.
Kemungkinan besar pasukan Celta Vigo yang masak dengan taktikal bos lama mereka telah mengkaji kelemahan yang ada pada Enrique.
0 comments:
Post a Comment