Monday, 31 October 2016
Home »
andik vermansyah
,
azmin ali
,
bajet 2017 selangor
,
bola sepak
,
fas
,
liga super
,
piala malaysia
,
selangor
» Tiada Peruntukan Untuk FAS Dalam Bajet 2017 Selangor?
Tiada Peruntukan Untuk FAS Dalam Bajet 2017 Selangor?
MB Selangor Azmin Ali tidak mengumumkan sebarang peruntukan untuk FAS semasa membentangkan cadangan bajet 2017 bagi negeri itu pada pagi semalam (Isnin), tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.
Keadaan tersebut dilihat menambah luka kepada FAS, sehari selepas Selangor gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia kepada Kedah.
Satu sumber yang hampir kepada pihak dalaman FAS memberitahu, berbanding tahun-tahun sebelumnya, juara Piala Malaysia 33 kali itu tidak akan dibiayai daripada tabung negeri Selangor pada tahun 2017.
Jika perkara tersebut berlaku, ia akan menimbulkan persoalan mengenai masa depan kewangan Red Giants memandangkan FAS sememangnya bergantung harap kepada dana kerajaan negeri.
Hal ini akan menjadi tanda tanya kerana Azmin sebaliknya mengumumkan bajet
kerajaan negeri untuk atlet SUKMA negeri dalam sesi pembentangan bajet tersebut.
Terdahulu, beberapa bulan sebelum ini terdapat suara daripada penyokong pasukan Selangor sendiri telah mendesak agar FAS menjalankan usaha-usaha penswastaan kelab dan berusaha mencari dana tanpa bantuan kerajaan negeri.
Ia adalah rentetan prestasi buruk yang dipamerkan Selangor dalam kempen Liga Super.
Azmin selaku presiden FAS telah memulakan apa yang dilihat sebagai satu proses reformasi di peringkat lembaga pengarah dan mengakibatkan peletakan jawatan 2 jawatankuasa eksekutif FAS (exco).
Walau bagaimanapun, kebanyakan ahli-ahli exco menolak untuk mengikuti langkah berikut.
Mereka masih dilihat menghadiri sidang media FAS dan mewakili FAS dalam mesyuarat exco FAM.
Oleh kerana jawatan Presiden FAS dilaporkan tidak mempunyai hak khusus memecat exco dalam perlembagaan persatuan.
Satu-satunya tindakan yang boleh diambil oleh Azmin untuk memaksa barisan exco akur dengan arahan beliau adalah dengan memotong dana kerajaan negeri daripada disalurkan kepada FAS.
Sementara itu peminat Selangor pasti akan bimbang dengan perkembangan terbaru ini kerana kekurangan dana pasti akan mengganggu keupayaan Red Giants mengekalkan bintang semasa mereka, mendapatkan pemain-pemain baru dan juga memilih ketua jurulatih tetap bagi pasukan.
Sumber dari Goal.com
0 comments:
Post a Comment