Saturday, 1 October 2016

Sejarah Ringkas Wakil Itali, England dan Sepanyol di Eropah dari 90an Hingga Kini



Dunia itu sering berputar.

Jika di awal 90an hingga awal 2000an kita dapat lihat penguasaan kelab dari Serie  A Itali di peringkat Eropah.


Kelab-kelab seperti AC Milan dan Juventus seringkali mara sekurang-kurangnya ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.

 Nama-nama besar dalam bola sepak seperti Batistuta, Veron, Ronaldo ( bukan Cristano) memilih beraksi di Serie A sebagai jalan untuk menempa kemasyhuran.


Selepas itu wakil Itali menunjukkan penurunan prestasi sediki demi sedikit. Ia  dipercayai daripada skandal bola sepak mereka hingga menyebabkan kejuaraan liga oleh Juventus bagi 2 musim ditarik balik.


Bukan setakat itu sahaja Juventus juga dihukum beraksi di  Serie B (liga bawah Serie A) selain dipotong 9 mata ketika memulakan saingan di divisyen baru.


Wakil Inggeris Menguasai Eropah

Berakhir era bola sepak Itali, wakil Inggeris pula menunjukkan penguasaan mereka dari pertengahan dekad 2000an hingga awal 2010an.


Kedatangan taikun minyak Russia, Roman Abramivich ke Chelsea mengubah dimensi dunia bola sepak Inggeris. Mereka mula memburu pemain handalan.


Hasilnya kelab Inggeris sering menghiasi peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara hinggakan terjadi pertemuan 2 kelab Inggeris di final iaitu Manchester United dan Chelsea.


Liverpool ketika itu tidak kurang hebatnya dengan mara ke final 2 kali ketika dibimbing oleh Rafael Benitez.


Pengaruh kelab Inggeris mula beransur pudar daripada 3 wakil kepada hanya 1 wakil separuh akhir. Adakalanya tiada langsung wakil mereka layak ke separuh akhir.


Penguasaan Wakil Sepanyol

Selepas itu wakil Sepanyol perlahan-lahan mengambil alih penguasaan di pentas Eropah. La Liga Sepayol mula dicanang sebagai liga terbaik dunia.


Manakan tidak, calon Ballon D'or sering berkumpul di situ.


Messi, Ronaldo, Neymar dan Suarez selalunya akan menjadi calon kuat bersaing merebut gelaran pemain terbaik dunia.


Atletico Madrid pula, walaupun tidak memiliki pemain yang berpotensi memenangi Ballon D'or (kecuali Griezmann) mereka membuktikan kepada kita bahawa bola sepak adalah permainan berpasukan.


Sejak dibimbing El Cholo Simeone mereka telah pun mara ke final Liga Juara-Juara Eropah sebanyak 2 kali.


Kemampuan Atletico menyaingi kelab utama Eropah (seperti Bayern Munich) menambahkan lagi wakil tetap Sepanyol di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.


Penguasaan wakil Sepanyol bukan sahaja dalam saingan Liga Juara-Juara malah mereka juga mengusai saingan piala kelas ke-2 Eropah iaitu Liga Europa.


Sebagai contoh dari Sevilla sahaja mereka telah memenangi trofi tersebut buat 3 musim berturut-turut. Walaubagaimanapun kemenangan Sevilla diraih dengan cara yang cukup unik.


Kebiasaanya mereka akan layak ke Liga Juara-Juara terlebih dahulu. Kemudian tersingkir di peringkat kumpulan dengan menduduki tempat 3 kumpulan.

Setelah tersingir mereka akan beraksi di Liga Europa seterusnya memenangi piala tersebut dengan cara yang cukup klise.


Melihat kepada trend bola sepak Eropah dari 90an hingga kini hampir pasti bola sepak Sepanyol akan mengalami kemorosotan yang sama.


Hanya masa sahaja akan menentukan bila ia berlaku. Mungkin juga selepas berakhirnya era Ronaldo-Messi

Iktibar Dari Kejatuhan Kelab-Kelab Ini

Yang pasti, pasukan yang berusaha keras dan mempunyai pengurusan yang baik akan kekal bersaing di peringkat Eropah.


Manakala kelab yang tidak mempunyai perancangan masa hadapan akan terus tenggelam dengan pencapaian masa lalu.


Sebagai contoh, AC Milan adalah kelab kedua di Eropah paling berjaya selepas Real Madrid dengan 7 trofi Liga Juara-Juara.


Satu ketika dahulu mereka adalah muka tetap dalam saingan Eropah. Kini, bukan sahaja Liga Juara-Juara malah Liga Europa pun mereka sukar untuk mereka layak.


Begitu juga dengan hidup manusia. Adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah.


Perubahan boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa merendah diri dan berusaha keras mencapai kejayaan.



1 comment:

  1. Blog yang bagus ... semoga terus berkembang... Saya ingin berbagi artikel tentang Castello Sforzesco di Milan di http://stenote-berkata.blogspot.com/2018/02/milan-di-castello-sforzesco.html
    Lihat juga vlog di youtube https://youtu.be/78pAFuUkfig

    ReplyDelete