Tuesday, 25 October 2016

Baihakki Sah Tinggalkan JDT II


 


Pertahanan antarabangsa Singapura, Baihakki Khaizan mengesahkan tidak akan beraksi bersama JDT II bagi musim hadapan.

Menurut status yang dimuatnaik dari akaun Instagram, beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada pemilik JDT iaitu Tunku Ismail, staf pasukan dan rakan pasukan yang banyak membantu beliau selama berada di kelab tersebut.

"Saya ingin mengucapkan ribuan banyak terima kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, serta para pelatih, management, pemain-pemain dan penyokong Johor Darul Takzim, atas peluang untuk menjadi sebahagian dalam keluarga JDT/JDTll selama 3 musim yg lalu. 

"Saya minta maaf jika ada salah silap atau kekurangan sesama melaksanakan tugas. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah SWT, dan yang buruk itu datang dari diri saya sendiri," tulis pemain pertahanan tersebut pada Jumaat lalu.

Penghijrahan Baihakki dan juga Shahril Ishak mendapat isyarat terlebih dahulu oleh Tunku Ismail menjelang pertemuan perlawanan persahabatan Malaysia menentang Singapura tempoh hari dengan menyatakan bahawa pasangan dari Singapura itu tidak berada dalam perancangan skuad untuk musim 2017.

Sebagai rekod, bekas pemain Geylang United dan Persib Bandung tersebut  menyertai JDT dari LionsXII pada 2014 tetapi dipinjamkan kembali ke Singapura pada pertengahan musim 2014.  
 
Pada musim berikutnya pada tahun 2015, beliau kembali semula ke Johor menyertai JDT II sehingga akhirnya berhijrah keluar melalui pengesahan yang dibuat baru-baru ini.


Sumber: Goal.com

0 comments:

Post a Comment