Rekod kemenangan 100 peratus Guardiola di Liga Perdana Inggeris akhirnya lebur selepas tewas 2-0 kepada Tottenham Hotspur.
Dalam aksi di White Hart Lane, tuan rumah mendahului permainan seawal minit ke-9 selepas Kolarov menjaringkan gol sendiri.
Spurs terus melancarkan pressing yang menggila demi menggagalkan build attack City dari bawah.
Hasilnya mereka dapat menggandakan jaringan melalui gol bintang muda mereka, Delle Alli pada minit 37.
Keputusan kekal hingga 90 minit permainan. Spurs berjaya memperoleh 3 mata berharga sementara City pulang dengan tangan kosong.
Pemain tengah Spurs, Erikssen berharap dengan kemenangan ini dapat memberi pembakar semangat kepada mereka untuk menumpaskan mana-mana pasukan yang belum tewas pada musim ini.
Beliau berpendapat Spurs cukup baik dalam melakukan pressing dengan tidak membenarkan gol bolos dengan banyak.
Hanya penyudah sahaja yang perlu mereka perbaiki untuk terus kekal bersaing.
0 comments:
Post a Comment