Friday, 26 August 2016
Home »
arsenal
,
as roma
,
atletico madrid
,
barcelona
,
bayern munich
,
cristiano ronaldo
,
europa league
,
fc porto
,
juventus
,
leicester city
,
manchester city
,
manchester united
,
psg
,
real madrid
,
uefa champions league
» Peraturan Baru UEFA Ini Akan Menggembirakan Peminat Bola Sepak
Peraturan Baru UEFA Ini Akan Menggembirakan Peminat Bola Sepak
Bermula tahun 2018 nanti bakal menyaksikan perubahan lanskap bola sepak Eropah lebih-lebih lagi di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah. UEFA selaku organisasi yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran bola sepak di Eropah, mengumumkan peraturan yang akan menggembirakan peminat dan pengurus kelab-kelab ternama di Eropah.
Mulai tahun 2018, UEFA menetapkan 4 kelab yang menamatkan kedudukan teratas di Liga Sepanyol, England, Jerman dan Itali akan layak ke Liga Juara-Juara Eropah secara automatik tanpa melalui pusingan kelayakan.
Sebelum ini, misalnya di Liga Perdana Inggeris hanya 2 pasukan teratas liga layak secara automatik manakala 2 pasukan lagi perlu melalui peringkat kelayakan. Sebagai contohnya, Leicester juara musim lalu,Arsenal naib juara dan Spurs di tempat ke-3 automatik layak ke Liga Juara-Juara Eropah.
Namun begitu Manchester City yang berada di tempat ke-4 perlu melalui pusingan kelayakan terlebih dahulu sebelum pergi ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.
Sementara itu untuk liga di Eropah yang berkudukan ranking ke-5 dan 6, 2 pasukan teratas layak secara automatik dan pasukan yang menduduki tempat ke-3 liga perlu melalui pusingan kelayakan.
Pemenang dari kejohanan di Liga Europa juga akan diberi kelebihan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah berbanding sebelum ini mereka harus melalui pusingan kelayakan terlebih dahulu.
Apa Yang Kekal
Liga Juara-Juara Eropah akan kekal dengan 32 pasukan yang bersaing di kejohanan dan 16 pasukan layak ke peringkat kalah mati. Berbeza dengan Kejohanan Euro 2016 baru-baru ini buat pertama kali 24 pasukan mengambil bahagian dan 16 pasukan ke peringkat kalah mati.
Peraturan UEFA di Euro 2016 menimbulkan tidak puas hati ramai pihak apabila 4 pasukan terbaik dari tempat ke-3 kumpulan layak ke peringkat kalah mati.
Portugal misalnya tanpa meraih sebarang kemenangan peringkat kumpulan layak ke kalah mati sehingga menjadi juara menewaskan tuan rumah Perancis hasil daripada peraturan baru UEFA.
Apa Kelebihan daripada Perubahan Ini
Selepas ini kita akan lihat lebih banyak kelab yang berprestij beraksi di Liga-Liga Juara Eropah. Ini bermakna kelab-kelab yang punya nama tidak akan bertembung lagi di peringkat kelayakan sebelum beraksi di Liga Juara-Juara Eropah.
Baru-baru ini kita telah menyaksikan pertembungan As Roma bertemu FC Porto di peringkat kelayakan. Kedua-dua pasukan saban musim sering kali tidak terlepas peluang beraksi di Liga-Liga Juara Eropah.
Namun kali ini salah satu daripada pasukan ini kalah dan terpaksa beraksi di Liga Europa. As Roma telah tewas 1-4 kepada FC Porto secara agregat dan terpaksa beraksi di Liga Europa.
Peraturan baru ini akan melegakan ramai pengurus kelab besar di Eropah. Anak buah mereka mempunyai rehat yang cukup tanpa perlu melalui pusingan kelayakan.
Kebiasaannya pusingan kelayakan ini berlangsung pada awal musim liga bermula. Pada waktu ini pemain-pemain ramai yang tidak cergas disebabkan tempoh rehat panjang liga.
Selain itu, pada waktu ini pengurus-pengurus pasukan juga sedang sibuk mengaturkan urusan perpindahan kelab masing-masing. Pemain ramai keluar-masuk pada tempoh waktu ini membuatkan skuad sedikit tempang.
Jelas sekali apabila ramai pasukan besar yang beraksi secara automatik ia akan mempunyai nilai komersial yang tersendiri. Kelab-kelab ini mempunyai ramai peminat, secara tidak langsung akan menarik lebih banyak wang dari penaja apabila rating tontonan lebih tinggi daripada kebiasaanya.
Sumber : Goal.com
0 comments:
Post a Comment