Atlet-atlet yang berjaya memenangi pingat di temasya Sukan Olimpik Rio akan diberikan tambahan ganjaran sebanyak RM 200,000.
Pengumuman tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak di majlis meraikan kepulangan wira olimpik negara di KLIA.
Ini bermakna pemenang pingat akan pingat akan menerima ganjaran keseluruhan RM 500,00 manakala untuk pingat gangsa pula sebanyak RM 300,000.
Olimpik Rio 2016 merupakan yang terbaik sepanjang penyertaan Malaysia di pentas Olimpik dengan 4 pingat perak melalui sukan terjun (Pandelela-Jun Hoong), perseorangan lelaki badminton (Dato' Lee Chong Wei), beregu lelaki badminton (V Shem-Wee Kiong) dan beregu campuran badminton (Peng Soon-Liu Ying).
1 Gangsa pula dimenangi oleh Mr Pocket Rocket Man kita iaitu Azizulhasni Awang melalui acara keirin. Beliau menjadi kebanggaan negara apabila menjadi satu-satunya pelumba dari Asia yang beraksi di saingan final keirin tersebut.
Sebagai rekod, Malaysia mencatatkan tempat ke-60 dalam temasya kali ini.
0 comments:
Post a Comment