Monday, 29 August 2016

Gullit : Kante Bantu Kembalikan Prestasi Hazard




Peningkatan prestasi terkini Eden Hazard ada kaitan dengan pemain baharu mereka, N'golo Kante.

 
Ruud Gullit berpendapat bahawa kehadiran Kante dalam pasukan amat memberi kesan positif terhadap pasukan.


Gullit merupakan bekas pemain Chelsea berkata, Hazard akan bebas dalam menumpukan aspek serangan tanpa bersusah payah untuk membantu pertahanan Chelsea.


Tambah Gullit, Kante ibarat jelmaan Makelele yang menjadi sebahagian tonggak menjuarai Liga Perdana Inggeris sewaktu dibimbing Jose Mourinho 


Kante telah melakukan tugasan tersebut dengan baik dengan menawarkan kestabilan di bahagian midfield mereka.


Kini Hazard tidak perlu turun ke bawah membantu pertahanan lagi.


Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh whoscored.com menunjukkan bahawa Kante bukan sahaja hebat dalam terjahan bahkan beliau juga baik dalam melakukan lorongan dan menggelecek. 


Cuma aerial duels menjadi kelemahan buat beliau disebabkan hanya memiliki ketinggian 1.69 meter berbanding pemain-pemain bertubuh besar dan tinggi di Liga Perdana Inggeris.




Rujukan : squawka.com
               whoscored.com

Ejen Pogba Dedahkan Punca Sebenar Bidaan Madrid Ditolak




#pogback- Begitulah reaksi peminat Manchester di media sosial sejurus berita pengesahan kembalinya Pogba ke Old Trafford.
Pogba kini adalah sebahagian pemain Manchester United di bawah kelolaan pengurus baharu, Jose Mourinho.


Ibarat sirih pulang ke gagang, Pogba kembali setelah meghabiskan masa lebih kurang 4 tahun  di Itali.




Sewaktu berhijrah keluar dari Old Trafford beliau hanya seorang remaja yang bercita-cita besar mahu menerobos masuk ke kesebelasan utama pasukan. 




Sikap remaja beliau memberontak untuk membuktikan kemampuan sebenar. Beliau  tidak memperbaharui kontak di United, seterusnya berhijrah ke Juventus secara percuma.




Di Juventus, Pogba berkembang dengan cukup pantas. Daripada seorang remaja yang berbakat, beliau bertukar menjadi superstar yang mewarnai Liga Itali.




Betubuh tegap, memiliki kawalan bola baik, hantaran tepat, sepakan kencang menjadikan Pogba seorang midfielder yang serba lengkap. 



Saban minggu Sirie A itali dihidangkan gol-gol cantik dari luar kotak penalti oleh pemuda kelahiran Perancis ini.




Hari demi hari beliau semakin mendapat perhatian dunia bola sepak. Jadi seperti biasa, kelab-kelab besar seperti Real Madrid dan Chelsea akan mendapatkan bintang yang terhebat masa kini. 




Sebelum ke United, Pogba dikaitkan  dahulu dengan perpindahan ke Real Madrid. Ejen beliau, Mino Raiola  mendedahkan sebab utama Pogba menolak berhijrah ke Madrid. 



Raiola berkata ia tidak lain tidak bukan oleh rasa rindu yang menebal Pogba terhadap  kelab lamanya dahulu iaitu United.




Raiola juga mengesahkan bahawa Zidane yang kini menjadi pengurus di Real Madrid, pernah membida Pogba untuk dibawa ke sana.




Namun akhirnya beliau membuat keputusan menolak bidaan Real Madrid  dan pulang ke `kampung halaman’ beliau itu.

Rujukan : Goal.com

Friday, 26 August 2016

Peraturan Baru UEFA Ini Akan Menggembirakan Peminat Bola Sepak



Bermula tahun 2018 nanti bakal menyaksikan perubahan lanskap bola sepak Eropah lebih-lebih lagi di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah. UEFA selaku organisasi yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran bola sepak di Eropah, mengumumkan peraturan yang akan menggembirakan peminat dan pengurus kelab-kelab ternama di Eropah.


Mulai tahun 2018, UEFA menetapkan 4 kelab yang menamatkan kedudukan teratas di Liga Sepanyol, England, Jerman dan Itali akan layak ke Liga Juara-Juara Eropah secara automatik tanpa melalui pusingan kelayakan. 


Sebelum ini, misalnya di Liga Perdana Inggeris hanya 2 pasukan teratas liga layak secara automatik manakala 2 pasukan lagi perlu melalui peringkat kelayakan. Sebagai contohnya, Leicester juara musim lalu,Arsenal naib juara dan Spurs di tempat ke-3 automatik layak ke Liga Juara-Juara Eropah. 


Namun begitu Manchester City yang berada di tempat ke-4 perlu melalui pusingan kelayakan terlebih dahulu sebelum pergi ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.


Sementara itu untuk liga di Eropah yang berkudukan ranking ke-5 dan 6, 2 pasukan teratas layak secara automatik dan pasukan yang menduduki tempat ke-3 liga perlu melalui pusingan kelayakan.


Pemenang dari kejohanan di Liga Europa juga akan diberi kelebihan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Eropah berbanding sebelum ini mereka harus melalui pusingan kelayakan terlebih dahulu.


Apa Yang Kekal

Liga Juara-Juara Eropah akan kekal dengan 32 pasukan yang bersaing di kejohanan dan 16 pasukan layak ke peringkat kalah mati. Berbeza dengan Kejohanan Euro 2016 baru-baru ini buat pertama kali 24 pasukan mengambil bahagian dan 16 pasukan ke peringkat kalah mati.


Peraturan UEFA di Euro 2016 menimbulkan tidak puas hati ramai pihak apabila 4 pasukan terbaik dari tempat ke-3 kumpulan layak ke peringkat kalah mati.


 Portugal misalnya tanpa meraih sebarang kemenangan peringkat kumpulan layak ke kalah mati sehingga menjadi juara menewaskan tuan rumah Perancis hasil daripada peraturan baru UEFA.


Apa Kelebihan daripada Perubahan Ini

Selepas ini kita akan lihat lebih banyak kelab yang berprestij beraksi di Liga-Liga Juara Eropah. Ini bermakna kelab-kelab yang punya nama tidak akan bertembung lagi di peringkat kelayakan  sebelum beraksi di Liga Juara-Juara Eropah.


Baru-baru ini kita telah menyaksikan pertembungan As Roma bertemu FC Porto di peringkat kelayakan. Kedua-dua pasukan saban musim sering kali tidak terlepas peluang beraksi di Liga-Liga Juara Eropah.


Namun kali ini salah satu daripada pasukan ini kalah dan terpaksa beraksi di Liga Europa. As Roma telah tewas 1-4 kepada FC Porto secara agregat dan terpaksa beraksi di Liga Europa.


Peraturan baru ini akan melegakan ramai pengurus kelab besar di Eropah. Anak buah mereka mempunyai rehat yang cukup tanpa perlu melalui pusingan kelayakan.


Kebiasaannya pusingan kelayakan ini berlangsung pada awal musim liga bermula. Pada waktu ini pemain-pemain ramai yang tidak cergas disebabkan tempoh rehat panjang liga. 


Selain itu, pada waktu ini pengurus-pengurus pasukan juga sedang sibuk mengaturkan urusan perpindahan kelab masing-masing. Pemain ramai keluar-masuk pada tempoh waktu ini membuatkan skuad sedikit tempang.


Jelas sekali apabila ramai pasukan besar yang beraksi secara automatik ia akan mempunyai nilai komersial yang tersendiri. Kelab-kelab ini mempunyai ramai peminat, secara tidak langsung akan menarik lebih banyak wang dari penaja apabila rating tontonan lebih tinggi daripada kebiasaanya.

Sumber : Goal.com

Wednesday, 24 August 2016

Newell's Old Boys Cadang Pancing Messi ke Argentina



Kelab dari Argentina Newell's Old Boys bercadang membawa Messi ke sana selepas berakhir Piala Dunia 2018 nanti. Messi pada waktu itu  akan berumur 31 tahun.



Newell’s merupakan kelab Messi pada usia remaja beliau sebelum  berhijrah ke Barcelona ketika berumur 13 tahun. Timbalan Presiden kelab, Cristian D'Amico optimis perkara tersebut boleh berlaku.




Beliau percaya seperti mana rakan-rakan lain bahawa mereka mampu mencipta sejarah jika berjaya membawa masuk pemain terbaik di dunia beraksi dalam jersi Newell’s Old Boys.



Sebelum ini Messi pernah memberitahu mengenai kepulangan ke Argentina dengan mengatakan hanya akan memilih Newell Old Boys sebagai satu-satunya kelab yang beliau akan beraksi di tanah air beliau sendiri. 



Sebagai tambahan, kontrak terkini Messi bersama Barcelona akan berakhir 2 tahun lagi pada 2018. Namun begitu beliau dijangka akan memperbaharui kontrak beliau sehingga 2021.





Sumber : Espnfc.com











Kerajaan Umumkan Penambahan Wang Ganjaran Wira Olimpik Negara






Atlet-atlet yang berjaya memenangi pingat di temasya Sukan Olimpik Rio akan diberikan tambahan ganjaran sebanyak RM 200,000. 


Pengumuman tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak di majlis meraikan kepulangan wira olimpik negara di KLIA. 


Ini bermakna pemenang pingat akan pingat akan menerima ganjaran keseluruhan RM 500,00 manakala untuk pingat gangsa pula sebanyak RM 300,000. 


Olimpik Rio 2016 merupakan yang terbaik sepanjang penyertaan Malaysia di pentas Olimpik dengan 4 pingat perak melalui sukan terjun (Pandelela-Jun Hoong), perseorangan lelaki badminton (Dato' Lee Chong Wei), beregu lelaki badminton (V Shem-Wee Kiong) dan beregu campuran badminton (Peng Soon-Liu Ying).


1 Gangsa pula dimenangi oleh Mr Pocket Rocket  Man kita iaitu Azizulhasni Awang melalui acara keirin. Beliau menjadi kebanggaan negara apabila menjadi satu-satunya pelumba dari Asia yang beraksi di saingan final keirin tersebut.


Sebagai rekod, Malaysia mencatatkan tempat ke-60 dalam temasya kali ini.