Saturday, 2 July 2016

Klopp: Tiada Sebab Dortmund Perlu Bimbang Kehilangan Pemain Utama



Jurgen Klopp berpendapat Borussia Dortmund tidak mempunyai sebab untuk bimbang dengan pemergian beberapa pemain utama  mereka kerana beliau percaya mereka telah menandatangani beberapa bakat besar di Eropah untuk kempen 2016-17. 

BVB sebelum ini telah kehilangan Mats Hummels dan Ilkay Gundogan dan yang terbaru Mkhitaryan pula yang akan menyertai Manchester United.


Hummels dan Gundogan masing-masing akan menyertai Bayern dan Man City pada musim hadapan.



Walaubagaimanapun, mereka telah membawa masuk Mikel Merino, Ousmane Dembele, Sebastian Rode, Marc Bartra, Emre Mor dan Raphael Guerreiro ke Signal Iduna Park sebagai pengganti kepada kehilangan tersebut dan bekas jurulatih Dortmund Klopp yang kini pengurus Liverpool, memuji kualiti yang ada pada pemain Dortmund yang baru tiba itu.


Emre Mor telah beraksi dengan cemerlang pada saingan Euro 2016.




"Dortmund telah berjaya mentandatangani hampir semua bakat terbesar di Eropah di jendela perpindahan musim baru ini," kata pengurus Liverpool itu.

"Saya tidak bimbang tentang Borussia Dortmund sama sekali. Apabila saya menyertai Dortmund, kita berada dalam situasi yang sama.

"Jika ada satu kelab yang dapat menampung pemergian tiga pemain utama mereka, ia adalah Borussia Dortmund dan jurulatih mereka, Thomas Tuchel."

Sumber: goal.com 

0 comments:

Post a Comment