Monday, 11 July 2016

Eder Dedahkan Kata-kata Inspirasi Ronaldo kepada Beliau






Penjaring gol kemenangan Portugal tersebut mendedahkan bahawa kata-kata semangat bintang Real Madrid itu memberinya inspirasi sebelum akhirnya beliau menjadi wira Portugal dengan satu tendangan bola melepasi Hugo Lloris untuk memimpin Portugal mencipta kejayaan.




Wira final Euro 2016  Portugal, Eder berkata Cristiano Ronaldo memberitahu beliau akan menjaringkan gol kemenangan di Stade de France.




Penyerang Lille tersebut yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79 di Paris, merembat dari jarak 25 ela pada masa tambahan untuk memberi anak buah Fernando Santos kemenangan 1-0 ke atas negara tuan rumah Perancis.




Ronaldo yang menggalas tanggungjawab sebagai kapten Portugal terpaksa diusung keluar padang selepas cedera akibat pertembungan dengan pemain tengah Perancis, Dimitri Payet. Namun begitu beliau kembali ke tepi padang untuk memberi kata-kata semangat kepada  rakan sepasukannya yang lain untuk baki masa permainan yang tinggal.

Gol Eder cukup untuk menobatkan Portugal sebagai juara Eropah


Eder yang hanya menjaringkan tiga gol untuk negaranya sebelum final tersebut, berkata bintang Real Madrid itu memberinya kepercayaan bahawa masa untuk beliau menyinar telah tiba.




"Ronaldo memberitahu saya bahawa saya akan menjaringkan gol kemenangan. Dia memberikan saya keyakinan".




"Tetapi ia adalah matlamat yang seluruh pasukan bekerja keras untuk. Kami menunjukkan persembahan yang menakjubkan pada keseluruhan masa permainan.




"Ia adalah perasaan yang hebat apabila orang mengucapkan tahniah kepada anda. Saya tahu bahawa peluang saya akan datang dari saat diri  saya dipanggil. Fernando Santos tahu kualiti yang saya ada. Beliau mempercayai saya."

Sumber : http://www.goal.com/euro2016/en/article/euro-2016-final-eder-cristiano-ronaldo-told-me-i-would-score-portugal-winning-goal/weuq45le4ep910mq91mztqqxi

0 comments:

Post a Comment