Wednesday, 8 June 2016

Kejutan terbesar dalam sejarah kejohanan EURO



Setelah 4 tahun menanti akhirnya kejohanan Euro kembali lagi. Pada edisi kali ini Perancis layak secara automatik selaku tuan rumah kejohanan. Buat julung kalinya kejohanan ini disertai sebanyak 24 pasukan setelah hanya disertai 16 pasukan sejak edisi 1996.  Dari segi  prestij, kejohanan ini bolehlah dianggap kedua terbesar dalam kalendar bola sepak antarabangsa selepas Piala Dunia.


Selain daripada pemain bintang memperagakan aksi, salah satu perkara yang menyebabkan bola sepak amat menarik adalah dengan adanya 'element of suprise'. Sejak daripada penganjurannya, kejohanan  Euro juga tidak terlepas daripada kejutan demi sama ada kemenangan pasukan unnderdog ataupun pasukan pilihan terkandas di peringkat kumpulan. Jom, kita throw back kejutan-kejutan tersebut.



1988
 England 0-1 Republik Ireland
 Peringkat kumpulan

Ia adalah penampilan sulung Ireland dalam kejohanan Eropah. Manakala England pula membuat penampilan ketiga dalam sejarah penyertaan mereka di Euro. Jack Charlton yang melatih Ireland  mengumumkan beberapa pemain seperti Paul McGrath, Ronnie Whelan, Kevin Sheedy , Ray Houghton , John Aldridge. Kebanyakan mereka berpangkalan liga di England.  England yang dibarisi nama seperti Bryan Robson, Peter Beardsley, Gary Lineker dan John Barnes dijangka akan menang mudah berdasarkan reputasi pemain-pemain mereka . Houghton menjaringkan gol meletakkan Ireland mendahului permainan seawal minit keenam. Namun begitu mereka harus berterima kasih kepada Packie Bonner penjaga gol mereka kerana menampilkan aksi penyelamatan yang cukup fantastik.

Kemenangan yang begitu bermakna buat pasukan Ireland


1992
 Sweden 2-1 England 
 Peringkat kumpulan

Tuan rumah mungkin sudah mempunyai satu kemenangan dan satu seri berbanding England, dua seri yang kedua-duanya berkesudahan 0-0. Perlawanan berlangsung dan segalanya tampak berjalan lancar buat England apabila David Platt meletakkan mereka di hadapan pada minit keempat. Sweden, dibantu oleh lautan sokongan tuan rumah enggan menyerah kalah di halaman sendiri. Setelah berhempas pulas, kejayaaan akhirnya kunjung tiba. Jan Eriksson telah membuat gol penyamaan dan gol kedua Tomas Brolin meletakkan Sweden sebagai juara Kumpulan A, seterusnya menyebabkan England tersingkir daripada kejohanan.


Tomas Brolin penjaring gol kemenangan buat Sweden


1992
Jerman 0-2 Denmark
Final

Kemuncak kejayaan Denmark pada edisi tersebut bolehlah disifatkan seolah-olah kisah dongeng yang menjadi realiti. Masakan tidak Denmark pada mulanya tidak layak ke EURO '92 , tetapi hanya dua minggu sebelum ia bermula mereka menggantikan Yugoslavia di Sweden, sebulan kemudian mereka menjadi juara Eropah. Walaupun ia tidak semua berjalan seperti biasa dengan hanya mampu mendapat satu mata daripada dua perlawanan pertama mereka.  jaringan John Jensen dan Kim Vilfort , dan kecemerlangan Peter Schmeichel penjaga gawang lagenda di final memastikan nama mereka tersemat dalama sejarah bola sepak dunia.

Siapa sangka pasukan yang tidak layak pada permulaannya mampu menjadi juara.





1996
Republik Czech 2-1 Itali
Peringkat kumpulan 









Dikalahkan oleh Jerman dalam perlawanan pembukaan kumpulan mereka dan menentang naib juara Piala Dunia 1994 , Republik Czech tampak memiliki tugas yang cukup berat. Tekanan kelihatan telah berkurangan apabila Pavel Nedvěd meletakkan mereka mendahului Itali pada lima minit permainan, bagaimanapun Itali kembali membalas dengan jaringan Enrico Chiesa melalui satu serangan balas yang cukup pantas. Pemain Itali, Luigi Apollini yang dibuang padang seaakan memberi rahmat kepada Czech menghidupkan sisa perjuanngan mereka dalam Euro 1996 .

Enrico Chiesa menjaringkan gol penyamaan sebelum dipadam oleh jaringan kemenangan Radek Bejbl


 Kemudian muncul Radek Bejbl sebagai hero untuk menjaringkan gol kemenangan. Republik Czech mara sehingga ke final kejohanan dan menjadi naib johan. Menariknya nasib Itali sama seperti kempen Belanda di Euro 2012 apabila tersingkir awal di peringkat kumpulan biarpun kedua-dua pasukan ini gah dengan reputasi  finalis Piala Dunia dua tahun sebelum itu.










2004 
Portugal 0-1 Greece
Final





Sememangnya kemenangan Greece tidak pernah dijangka oleh rata-rata permerhati bola sepak dunia. Portugal ketika itu memiliki kelebihan sebagai calon juara edisi tersebut. Masakan tidak, mereka adalah tuan rumah pada edisi tersebut. Tambahan pula skuad ini dilengkapi generasi emas dalam sejarah mereka seperti Luis Figo, Rui Costa yang hampir kepada kemuncak kerjaya , Deco, Ricardo Carvalho di bahagian pertahanan dan Cristiano Ronaldo yang bakal menjadi lagenda dalam pembikinan bola sepak dunia. Beberapa minggu sebelum kejohanan bermula kelab berpangkalan dari Portugal iaitu Porto baru sahaja memenangi Liga Juara-Juara Eropah. Ini menguatkan lagi hipotesis bahawa mereka akan menjulang piala tersebut di tanah air sendiri.


Hendak dimudahkan cerita, dalam hati rakyat mereka inilah masa yang tepat untuk mereka memenangi gelaran sulung dalam kejohanan utama. Keyakinan mereka bertambah, lebih-lebih lagi jurulatih Potugal, Luiz Felipe Scolari merupakan jurulatih yang sama membimbing Brazil menjadi juara dunia dua tahun sebelum itu.


Permulaan Portugal tampak sedikit terencat apabila tewas 2-1 di perlawanan pembukaan menentang Greece. Namun selepas itu Portugal tidak menoleh ke belakang apabila mencipta kemenangan demi kemenangan sehingga mara ke final. Jodoh Portugal dan Greece begitu kuat. Kedua-dua pasukan ini bertemu sekali lagi di pentas final. Akhirnya satu sejarah telah tercipta apabila pasukan underdog kejohanan( Greece) dinobatkan juara kejohanan dengan jaringan 1-0 hasil tandukan Angelos Charisteas.


 Sememangnya kejayaan Greece mengagumkan ramai pihak biarpun bermain taktik anti-football. Perjalanan Greece menjadi juara menjadi manis apabila mereka menewaskan pasukan gergasi seperti Republik Czech, Perancis dan tuan rumah Portugal untuk menjadi juara di Eropah sekaligus mengulangi kejayaan Denmark 12 tahun sebelum itu.








Ronaldo ketika itu masih berjersi nombor 17 jelas kecewa dengan kekalahan Portugal di halaman sendiri




Hero Greece, Nikopolidis yang memiliki wajah seiras pelakon Hollywood, George Clooney begitu puas dan gembira





Pemain-pemain Greece pastinya boleh berbangga dengan kejayaan ini selepas mereka bersara nanti.






0 comments:

Post a Comment