Itali sememangnya salah satu kuasa besar dalam bola sepak Eopah. Strategi permainan yang penuh taktikal daripada mereka sering mendapat perhatian lawan. Kali ini Itali hadir ke Euro 2016 tanpa midfielder berpengaruh
seperti Marchisio, Pirlo dan Verratti. Mereka diramalkan akan
mempunyai masalah dalam merencanakan serangan.
Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo bagaimanapun telah dengan menamakan Itali
sebagai salah satu pasukan pilihan untuk memenangi Euro 2016.
Ramai pihak terutamanya penganalisis bola sepak, berpendapat The Azzurri tidak
mampu untuk mara jauh di Perancis disebabkan kurangnya kualiti yang ada pada
skuad bimbingan Antonio Conte itu.
Itali hadir di Euro 2016 tanpa pemain berpengaruh seperti
dua midfielder mereka seperti Marco Verratti dan Claudio Marchisio. Tambahan
pula khidmat Pirlo tidak digunakan kali ini walaupun mereka sudah lali
dengan servis yang ditawarkan beliau dalam skuad Itali sejak 2002 lagi.
Conte sebelum ini telah memberi amaran kepada Pirlo agar tidak berhijrah ke Amerika jika mahu terus bersama dengan The Azzurri
Conte sebelum ini telah memberi amaran kepada Pirlo agar tidak berhijrah ke Amerika jika mahu terus bersama dengan The Azzurri
Conte tidak memilih Pirlo disebabkan tidak bersetuju dengan keputusan Pirlo berhijrah ke Major League Soccer Amerika |
Kecederaan pangkal peha menghalang Verratti menyertai skuad Itali |
Marchisio diketepikan kerana kecederaan |
Walau bagaimanapun, Ronaldo percaya Itali yang tidak
tewas dalam semua perlawanan kelayakan Euro adalah salah satu calon utama di samping
Perancis, Jerman dan Sepanyol.
"Sebagai tuan rumah, Perancis mempunyai pasukan yang
kuat untuk pergi jauh," katanya kepada Times of India.
"Kemudian kita mempunyai juara dunia Jerman. Mereka
sentiasa menjadi calon yang digemari dan
kali ini mereka datang untuk kejohanan dengan lebih kukuh. Dalam 2 edisi Euro lalu, mereka bermain dengan baik, layak
ke perlawanan akhir pada 2008 dan separuh akhir pada tahun 2012.
"Dan selepas itu, bagaimana boleh anda lupa akan
Itali? Dan sudah tentu Sepanyol juga calon kegemaran kerana mereka adalah juara
bertahan Euro yang lalu."
Portugal telah diundi dalam Kumpulan F bersama Iceland,
Austria dan Hungary.
Walaupun
ada yang menganggap skuad Fernando Santos (Portugal) mendapat laluan yang mudah untuk mara ke peringkat
kalah mati, Ronaldo bingkas untuk memberi peringatan mengenai kualiti lawan yang akan dihadapi
Portugal.
"Mereka
boleh berkata begitu (mengenai kumpulan mudah Portugal)" kata beliau.
"Anda perlu bermain dan berjuang
di atas padang selama 90 minit untuk mendapatkan kemenangan. Austria dan
Hungary juga pasukan yang kuat. Mereka boleh membuat kejutan.
"Iceland mara ke Euro
2016 dari kumpulan yang sama Belanda tersingkir. Mereka berada di kedudukan kedua di belakang Republik Czech pada pusingan
kelayakan sementara Belanda pula di tempat keempat dalam kumpulan yang sama.
Jadi, perlukah kita memperlekeh kemampuan Iceland mara ke kejohanan ini?"
Sumber asal :
http://www.foxsports.com/soccer/story/cristiano-ronaldo-names-italy-among-euro-2016-favorites-060916
0 comments:
Post a Comment