Sunday, 12 June 2016

De Gea : Atletico Lebih Layak Menang Liga Juara-juara Eropah


Bintang Manchester United itu percaya bekas kelab lamanya (Atletico Madrid) wajar menjadi juara kejohanan kelab elit Eropah tersebut berbanding Real Madrid kerana mereka menewaskan lawan yang lebih baik untuk mara ke perlawanan akhir.


Aksi final di Milan tersebut berakhir dengan Real Madrid memenangi penentuan sepakan setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1.


Real Madrid menjadi kelab paling berjaya dalam sejarah Liga Juara-juara Eopah setelah memenanginya buat kali ke-11.
 

Namun De Gea, yang meninggalkan Atletico untuk menyertai United pada 2011, percaya anak buah Diego Simeone adalah pemenang yang lebih layak kerana mereka mempunyai laluan yang sukar ke perlawanan akhir.


De Gea berjaya memenangi trofi Europa League pada 09/10. Pengurus Atletico waktu itu adalah bekas pengurus Watford yang dipecat, Quique Sanchez Flores


Atletico menewaskan PSV, juara bertahan Barcelona dan Bayern Munich dalam laluan ke final di Milan, manakala Real menewaskan Roma, Wolfsburg dan Manchester City lawan yang kurang mencabar berbanding yang dihadapi Atletico.


Sebagai pengetahuan PSV, Barcelona dan Bayern adalah juara musim lalu di liga masing-masing.


"Saya berpendapat Atleti (Atletico Madrid) menyingkirkan pesaing yang sangat rumit dan mungkin layak untuk memenangi pertandingan tersebut lebih daripada Real Madrid," ujar De Gea. 


"Atletico tidak bernasib baik kebelakangan tahun ini. Tuah jelas tidak memihak kepada mereka tetapi mereka harus terus percaya dengan kelab dan pasukan yang mereka ada sekarang ini."


Aletico sekali lagi tewas kepada lawan yang sama pada 2014


De Gea membuat 69 penampilan dalam dua musim di Atletico selepas muncul melalui sistem akademi kelab dan penjaga gol itu berkata kelab tersebut masih dekat di hatinya.


"Saya telah menghabiskan masa bertahun-tahun di sana dan mereka adalah pejuang.  Atletico telah memberikan saya segala-galanya." katanya.
 





Sumber asal :http://www.goal.com/en/news/1716/champions-league/2016/06/10/24480422/atletico-madrid-deserved-to-win-the-champions-league-de-gea

Saturday, 11 June 2016

Cristiano Ronaldo Namakan Itali sebagai Salah Satu Calon Pilihan Euro 2016.





Itali sememangnya salah satu kuasa besar dalam bola sepak Eopah. Strategi permainan yang penuh taktikal daripada mereka sering mendapat perhatian lawan. Kali ini Itali hadir ke Euro 2016 tanpa midfielder berpengaruh seperti Marchisio, Pirlo dan Verratti. Mereka diramalkan akan mempunyai masalah dalam merencanakan serangan.




Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo  bagaimanapun telah dengan menamakan Itali sebagai salah satu pasukan pilihan untuk memenangi Euro 2016.



Ramai pihak terutamanya penganalisis bola sepak, berpendapat The Azzurri tidak mampu untuk mara jauh di Perancis disebabkan kurangnya kualiti yang ada pada skuad bimbingan Antonio Conte itu.


 

Itali hadir di Euro 2016 tanpa pemain berpengaruh seperti dua midfielder mereka seperti Marco Verratti dan Claudio Marchisio. Tambahan pula khidmat Pirlo tidak digunakan kali ini walaupun mereka sudah lali dengan servis yang ditawarkan beliau dalam skuad Itali sejak 2002 lagi. 


Conte sebelum ini telah memberi amaran kepada Pirlo agar tidak berhijrah ke Amerika jika mahu terus bersama dengan The Azzurri 



Conte tidak memilih Pirlo disebabkan tidak bersetuju dengan keputusan Pirlo berhijrah ke Major League Soccer Amerika

Kecederaan pangkal peha menghalang Verratti menyertai skuad Itali

Marchisio diketepikan kerana kecederaan


Walau bagaimanapun, Ronaldo percaya Itali yang tidak tewas dalam semua perlawanan kelayakan Euro adalah salah satu calon utama di samping Perancis, Jerman dan Sepanyol. 



"Sebagai tuan rumah, Perancis mempunyai pasukan yang kuat untuk pergi jauh," katanya kepada Times of India. 



"Kemudian kita mempunyai juara dunia Jerman. Mereka sentiasa menjadi calon yang  digemari dan kali ini mereka datang untuk kejohanan dengan lebih kukuh. Dalam 2 edisi  Euro lalu, mereka bermain dengan baik, layak ke perlawanan akhir pada 2008 dan separuh akhir pada tahun 2012.

 

"Dan selepas itu, bagaimana boleh anda lupa akan Itali? Dan sudah tentu Sepanyol juga calon kegemaran kerana mereka adalah juara bertahan Euro yang lalu." 



Portugal telah diundi dalam Kumpulan F bersama Iceland, Austria dan Hungary.
 
 

Walaupun ada yang menganggap skuad Fernando Santos (Portugal)  mendapat laluan yang mudah untuk mara ke peringkat kalah mati, Ronaldo bingkas untuk memberi peringatan mengenai kualiti lawan yang akan dihadapi Portugal. 


"Mereka boleh berkata begitu (mengenai kumpulan mudah Portugal)" kata beliau.

 
"Anda perlu bermain dan berjuang di atas padang selama 90 minit untuk mendapatkan kemenangan. Austria dan Hungary juga pasukan yang kuat. Mereka boleh membuat kejutan. 


"Iceland mara ke Euro 2016 dari kumpulan yang sama Belanda tersingkir. Mereka berada di kedudukan  kedua di belakang Republik Czech pada pusingan kelayakan sementara Belanda pula di tempat keempat dalam kumpulan yang sama. Jadi, perlukah kita memperlekeh kemampuan Iceland mara ke kejohanan ini?"





Sumber asal :
http://www.foxsports.com/soccer/story/cristiano-ronaldo-names-italy-among-euro-2016-favorites-060916

Friday, 10 June 2016

De Gea : Red Devils Rindukan Pengurus Persis Mourinho




Jose Mourinho menggantikan Louis van Gaal sebagai pengurus Manchester United bulan lalu , keputusan ini amat menggembirakan David de Gea. Beliau berkata Manchester United membuat keputusan yang tepat melantik Jose Mourinho , sambil menambah kelab Liga Perdana Inggeris itu memerlukan pengurus seperti Mourinho. 



Mourinho telah diumumkan sebagai pengurus United bulan lalu , menggantikan Louis van Gaal hanya beberapa hari selepas pengurus Belanda tersebut memenangi Piala FA. Van Gaal hanya mampu membimbing United menduduki tempat kelima dalam Liga Perdana musim lalu ketika kelab itu terlepas takhta EPL untuk tiga musim berturut-turut. 

 

Piala FA satu-satunya piala yang dikecapi oleh Van Gaal di United

 
De Gea meneruskan aksi konsisten musim ini

Khabar angin sebelum ini mengatakan De Gea  bersedia untuk meninggalkan United sekiranya Van Gaal masih kekal sebagai bos, kini beliau yakin Mourinho boleh membawa United kembali ke landasan yang betul.

 

 

"Saya datang ke United untuk memenangi trofi. Benar dalam dua tahun terakhir ini kami tidak berada  di tahap yang sepatutnya kami berada," ujar De Gea.

 

 

"Kami berharap Mourinho, dengan keghairahan beliau untuk menang, akan memastikan United untuk kembali ke puncak. 

 

 

"Saya belum bercakap dengan Mourinho dan belum bertanya rakan sepasukan mengenai beliau. Tetapi, saya fikir kita sudah mengenal beliau. 

 

 

"Di United kami telah terlepas(beberapa musim) kualiti pengurus seperti Mourinho. Dengan personaliti dan pemikiran seorang pemenang. Mendapatkan beliau adalah keputusan yang betul."

 

 

 

Sumber asal :
http://www.fourfourtwo.com/news/united-missed-a-manager-mourinho-de-gea#:jVW83z5o4vC3-A