Sejarah bola sepak dunia menyaksikan deretan bintang yang beraksi cemerlang untuk kelab dan negara. Sebahagian daripada mereka memilih untuk menjadi pengurus setelah menggantung sebagai pemain. Namun begitu tidak semua bintang ini cemerlang dalam kedua-dua bidang ini.
Berikut adalah antara bintang yang menyerlah sebagai pemain tetapi gagal sebagai pengurus.
BRYAN ROBSON
Kapten berkhidmat paling lama dalam sejarah Manchester United itu dilihat sebagai sebagai calon yang akan berjaya dalam bidang pengurusan.
Beliau adalah salah seorang pemain Man Utd terhebat yang pernah menyarung jersi keramat United. Robson begitu beruntung kerana sempat beraksi di bawah didikan pengurus lagenda Sir Alex Ferguson.
Tugasan yang paling diingati ialah tugasan pertama ketika mengurus kelab Middlesbrough. Tempoh beliau tidaklah begitu mengagumkan atau buruk. Namun begitu Boro tetap mampu mara ke dua final piala kejuaraan. Pencapaian tersebut dianggap biasa-biasa sahaja bagi Boro dan akhirnya memecat beliau pada tahun 2000.
Selepas itu kegagalan dan Robson seperti mempunyai jodoh yang kuat ketika mengurus Bradford, West Brom dan Sheffield United. Satu ketika kelihatan orang memilih beliau hanya disebabkan kerana impak yang beliau ketika bergelar pemain.
ALAN SHEARER
Apabila membincangkan karier bola sepak beliau pasti peminat bola sepak mengagumi bakat. Manakan tidak, dengan sejumlah gol yang diabadikan melayakkan beliau menjadi salah seorang bakat terhebat dalam sejarah EPL.
Sebaliknya karier pengurusan beliau hanya membuatkan ramai yang menggaru kepala. Pada suatu musim ketika Newcastle sedang bergelut di zon penyingkiran liga, mereka tercari-cari individu yang paling layak menggalas amanah tersebut. Lantas di fikiran peminat tiada orang lain melainkan Shearer.
Kegagalan membimbing Newcastle menyebabkan reputasi beliau sebagai lagenda kelab sedikit tercalar |
Ternyata tugas tersebut amat berat bagi beliau dan akhirnya Newcastle tersingkir ke Liga Kejohanan.
PAUL INCE
Paul Ince memperoleh reputasi sebagai salah seorang pemain terbaik Eropah di era 90-an. Seorang jeneral di bahagian tengah Manchester United, di mana beliau memenangi 2 kejuaraan liga di sana sebelum menyarung jersi Inter dalam tempoh yang agak singkat.
Setelah itu beliau kembali ke England dengan menyertai Liverpool menyebabkan dibenci oleh seteru mereka, United. Sempat bermain di Wolves dan menjadi hero memimpin mereka naik pangkat ke Liga Perdana Inggeris.
Blackburn pernah menjadi pilihan beliau untuk menonjolkan kebolehan beliau dalam mengurus pasukan. Namun segalanya tidak berjalan dengan lancar. Beliau dipecat setelah hanya mampu mencipta 6 kemenangan daripada 21 perlawanan.
Paul Ince memperoleh reputasi sebagai salah seorang pemain terbaik Eropah di era 90-an. Seorang jeneral di bahagian tengah Manchester United, di mana beliau memenangi 2 kejuaraan liga di sana sebelum menyarung jersi Inter dalam tempoh yang agak singkat.
Setelah itu beliau kembali ke England dengan menyertai Liverpool menyebabkan dibenci oleh seteru mereka, United. Sempat bermain di Wolves dan menjadi hero memimpin mereka naik pangkat ke Liga Perdana Inggeris.
Sewaktu mengurus Blackburn Rovers |
Blackburn pernah menjadi pilihan beliau untuk menonjolkan kebolehan beliau dalam mengurus pasukan. Namun segalanya tidak berjalan dengan lancar. Beliau dipecat setelah hanya mampu mencipta 6 kemenangan daripada 21 perlawanan.
Blackpool juga pernah mendapat khidmat beliau sebgai pengurus namun pasukannya tersingkir dari liga menyebakan kejayaan dicapai sebelum ini mula dipertikai oleh pengkritik bola sepak.
OSSIE ARDILES
Peminat bola sepak pada hari ini mungkin tidak mengenali beliau. Tetapi pada era 80-an, Ardiles merupakan pemain yang menarik untuk disaksikan.
Pada era tersebut beliau begitu cemerlang ketika beraksi untuk Totenham ataupun Argentina. Selain itu juga kemahiran teknikal yang tinggi yang dimiliki memudahkan beliau bergandingan dengan cemerlang bersama Glenn Hoddle di Spurs.
Namun begitu karier beliau dalam mengurus pasukan tidak begitu mengagumkan. Ardiles mendapat peluang untuk mengurus Spurs tetapi kelab tersebut hanya menduduki pertengahan liga biarpun memiliki pemain sebaik Jurgen Klinsmann.
Tony Adams
Tony Adams merupakan seorang pertahanan tengah yang kental ketika bersama Arsenal dan turut cemerlang ketika beraksi untuk England. Seorang pemain yang cukup setia menghabiskan karier bola sepak hanya untuk Arsenal. Ketibaan Arsene Wenger ke Highbury ( Stadium lama Arsenal) pada tahun 1996 bagaikan satu rahmat buat beliau. Manakan tidak, sejak daripada itu 4 trofi liga sempat diraih sebelum menggantung but pada tahun 2002.
Adams memulakan bidang jurulatih daripada bawah dengan menjadi jurulatih pasukan muda Feyenoord di Belanda. Setelah kira-kira setahun bersara sebagai pemain, kelab Wycome Wanderers berminat mendapatkan khidmat beliau sebagai pengurus pasukan. Namun segalanya tidak berjalan lancar, kelab tersebut tersingkir liga sebelum Adams mengangkat kaki pada November 2004.
Sempat menjadi pembantu pengurus kepada Harry Redknapp ketika di Portsmouth dan menjadi pengurus setelah Redknapp berpindah ke Spurs. Rekod Adams di Portsmouth begitu buruk dengan hanya mengutip 10 mata selepas 16 perlawanan .
Gagal menjadi pengganti yang berkesan setelah Redknapp berpindah |
0 comments:
Post a Comment