Jendela perpindahan Januari bagi kelab-kelab di Eropah kini dibuka lagi. Bagi sesetengah pengurus kelab, saat ini merupakan waktu yang paling sibuk untuk mengukuhkan pasukan masing-masing.
Semua ini dilakukan untuk survival karier mereka sebagai pengurus. Kita ikuti 10 perpindahan musim sejuk terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris:
Clint Dempsey
Dibeli dari kelab yang berpangkalan di MLS Amerika iaitu New England Revolution dengan nilai £2 juta pada 7 Januari 2007. Gol kemenangan ketika menentang Liverpool memastikan Fulham kekal bersaing di EPL.
Menghabiskan lima musim di Craven Cottage sebelum berpindah ke kelab Tottenham Hotpur. Cukup cemerlang sewaktu malam gemilang menewaskan gergasi Itali Juventus di Pusingan 16 Liga Europa.
Aksi Dempsey sewaktu menetang Juventus |
Mikel Arteta
Berpindah ke Everton pada Januari 2005 dari Real Sociedad dengan nilai £2 juta. Sebelum itu rakan sepasukan beliau Xabi Alonso terlebih dahulu berpindah ke Liverpool pada musim panas 2004.
Menjadi watak penting ketika Everton menduduki tempat keempat pada musim 2004/2005. Everton hampir-hampir dapat beraksi di Liga Juara-Juara Eropah sebelum disingkirkan Villareal di pusingan kelayakan.
Ashley Young
Gelecekan yang licik, hantaran silang dan bola lencong menjadi trademark beliau ketika di zaman puncak. Salah satu persembahan yang diingati ketika United membenam Arsenal 8-2 di Old Trafford.
Membentuk trio yang mantap bersama Milner dan Agbonlahor ketika beraksi di Villa Park |
Javier Mascherano
Namun jodoh beliau tidak kekal lama di West Ham dan kelihatan bergelut untuk memberi impak yang positif akhirnya berpindah ke Liverpool.
Gandingan mantap beliau bersama Alonso di bahagian midfield memudahkan Gerrard dan Torres bermaharaja lela di bahagian serangan.
Liverpool ketika mempunyai Mascherano, Gerrrad dan Torres |
Watak penting ketika Liverpool mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 07/08 sebelum disingkirkan Chelsea. Liverpool nyaris mendakap trofi EPL musim 08/09 sebelum hanya berpuas hati menduduki tempat kedua di bawah musuh tradisi Manchester United.
Nemanja Matic
Dibeli dari Benfica dengan nilai £21 juta pada Januari 2014.
Sebelum 2014 beliau pernah berpindah ke Stamford Bridge pada 2009 namun dijual semula ke Benfica pada 2011. Namun begitu perindahan beliau ke Chelsea pada kali ini lebih dirasai berbanding yang pertama dahulu.
Begitu cemerlang melindungi pertahanan daripada serangan lawan. Beliau mempunyai susuk tubuh yang tegap dan amat berkesan dalam melakukan terjahan. Jadi tidak mustahil pada musim 14/15 statistik menunjukkan beliau merupakan pemain yang paling banyak membuat bentesan.
Kewujudan beliau di atas padang memudahkan pengurus The Special One mengaplikasikan taktik 'parking bus'. Hasilnya pada akhir musim 14/15 Chelsea merupakan pasukan yang paling sedikit dibolosi walaupun kurang menjaringkan gol.
Selain itu Chelsea juga betuah mempunyai ramai pemain tinggi lampai dan bagus di udara seperti Terry, Cahill, Ivanovic, Matic, ataupun Costa . Ini dapat memudahkan ketika situasi bola mati sama diancam lawan atau untuk mengancam lawan.
Jika skuad bimbingan Mounrinho dahulu mempunyai Makelele berperanan sebagai 'dirty woker', Matic turut menjalankan tugas dengan berkesan.
Satu pembelian yang berbaloi.
Gary Cahill
Berikutan siri persembahan cemerlang di Bolton, pada Januari 2012 Chelsea telah melengkapkan satu perpindahan beliau yang bernilai £7juta.
Keupayaan beliau menjaringkan gol walaupun hanya seorang pertahanan menarik minat Villas Boas pengurus Chelsea waktu itu untuk dibawa ke Stamford Bridge.
Walaupun di awal kemunculan beliau di Chelsea tidak begitu meyakinkan, namun selepas itu beliau terus mengorak langkah mencipta keserasian bersama kapten John Terry.
Gandingan beliau begitu berkesan sehingga berjaya membantu Chelsea mengucup trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama. Salah satu trofi yang gagal untuk dimenangi Mourinho sepanjang mengurus Chelsea.
Kini beliau merupakan anggota tetap skuad Three Lions.
Daniel Sturridge
Berpindah dari Chelsea ke Liverpol sebanyak £12juta pada Januari 2013.
Rekod karier sebagai pemain boleh disifatkan penuh onak duri. Manakan tidak sebelum berpindah ke Liverpool dan menjadi bintang, beliau pernah berada di ManchesterCity dan Chelsea.
Namun dengan jumlah pemain bintang yang ada di kedua-dua kelab ini telah mengehadkan peluang beliau menunjukan bakat. Tambahan beliau ketika itu masih muda remaja.
Siapa sangka gandingan beliau bersama Suarez dan Sterling begitu menjadi dan hampir menghadiahkan trofi Liga Perdana Inggeris buat kapten Stevie.
Kini hanya kecederaan yang membantut perkembangan beliau selaku pemain bintang.
Rekod karier sebagai pemain boleh disifatkan penuh onak duri. Manakan tidak sebelum berpindah ke Liverpool dan menjadi bintang, beliau pernah berada di ManchesterCity dan Chelsea.
Namun dengan jumlah pemain bintang yang ada di kedua-dua kelab ini telah mengehadkan peluang beliau menunjukan bakat. Tambahan beliau ketika itu masih muda remaja.
Siapa sangka gandingan beliau bersama Suarez dan Sterling begitu menjadi dan hampir menghadiahkan trofi Liga Perdana Inggeris buat kapten Stevie.
Kini hanya kecederaan yang membantut perkembangan beliau selaku pemain bintang.
Sturridge ketika bersama skuad England |
Patrive Evra
Berpindah dari Monaco ke Manchester United sebanyak £7juta pada Januari 2006. Sewaktu di Monaco belaiu merupakan salah seorang skuad Monaco yang mara ke final Liga Juara-Juara Eropah sebelum ditewaskan 3-0 Porto yang dilatih oleh The Special ketika itu.
Turut menyertai beliau berpindah ketika itu Vidic yang sekarang menjadi anggota yang dikenang oleh peminat The Red Devils.
Karier Evra di United tidak selancar yang diharapkan kerana bermain dengan buruk. Sewaktu menentang City beliau mudah diperkotak katikkan Wright Phillips yang begitu lincah persis pelesit.
Namun Evra perlahan-lahan mengukuhkan tempat dalam skuad United dan menjadi watak penting dalam United. Persembahan satu-dua beliau bersama Ronaldo cukup menghiburkan disamping overlap yang cukup bertenaga yang menjadi 'trademark' ketika di atas padang.
Sempat mengumpul 5 trofi Liga Perdana Inggeris dan 1 trofi Liga Juara-Juara Eropah sebelum berpindah ke Juventus.
Gol menarik beliau ketika United tumpas kepada Bayern merupakan momen yang akan diingati oleh peminat beliau.
Luis Suarez
Dibeli dari Ajax ke Liverpool dengan nilai £22.5 juta. Ketika Torres berpindah keluar ke Chelsea dengan nilai yang tinggi, sebaliknya Suarez dan Andy Carroll dibeli untuk menggantikan impak yang ditinggalkan Torres.
Kenny Dalglish pengurus lagenda Liverpool diberi harapan tinggi oleh peminat kerana rekod kejuraan Liga ketika membimbimg Liverpool sewaktu ketika dahulu.
Kedua-dua mereka Suarez dan Carroll diharapkan untuk menyinar di Anfield kerana reputasi mereka begitu baik ketika di Ajax dan Newcastle.
Suarez meneruskan rentak cemerlang seperti yang diharapkan namun Carroll kelihatan bergelut untuk memenuhi jangkaan peminat.
Jodoh King Kenny bersama The Kops tidak panjang sebelum digantikan oleh Brendan Rodgers. Ketika di bawah asuhan Rodgers aksi begitu mancanak sehingga hampir mustahil untuk menghentikan beliau.
Gelecekan yang menakjubkan, jaringan yang pelbagai melayakkan beliau sebagai penggembur berbisa EPL disamping Sturridge dan Sterling.
Liverpool nyaris mendakap Trofi Liga Perdana Inggeris pada musim 2013/14 dia atas impak kewujudan beliau namun hanya berpuas hati di tempat kedua pada akhir musim.
Salah satu gol yang menarik beliau adalah gol jarak jauh sewaktu menentang Norwich City.
Gol menarik beliau ketika menentang Norwich |
Nemanja Vidic
Membuat perpindahan ke United dari kelab Spartak Moscow dengan nilai sebanyak £7.2 juta. Bermula dengan perlahan di United sebelum menjadi salah seorang pertahanan tengah terbaik dunia. Cukup kebal dengan bentesan yang keras dan begitu kuat di udara.
Membentuk gandingan yang mantap bersama Rio Ferdinand sambil ditambah dengan kecekapan keeper veteran United Van De Sar di gawang gol. Tidak hairanlah dengan gandingan ini United tiga kali mara ke final Liga Juara-Juara Erpoah. Satu kali menang dan bakinya tewas dua kali kepada Barca.
Cukup dikenali kerana komitmen beliau ketika bermain. Bagaikan seorang pahlawan dari Serbia, darah menjadi sebati dengan beliau sewaktu beraksi di atas padang.
Pandangan biasa ketika Vidic beraksi di atas padang |
Sama seperti Evra beliau juga sempat mengumpul 5 trofi Liga Perdana Inggeris dan 1 trofi Liga Juara-Juara Eropah sebelum berpindah ke Inter Milan.
0 comments:
Post a Comment