Monday, 18 January 2016

Cemerlang sebagai Pemain, Gagal sebagai Jurulatih ( Bahagian 1)



Sejarah bola sepak dunia menyaksikan deretan bintang yang beraksi cemerlang untuk kelab dan negara. Sebahagian daripada mereka memilih untuk menjadi pengurus setelah menggantung sebagai pemain. Namun begitu tidak semua bintang ini cemerlang dalam kedua-dua bidang ini.


Berikut adalah antara bintang yang menyerlah sebagai pemain tetapi gagal sebagai pengurus.



BRYAN ROBSON





Kapten berkhidmat paling lama dalam sejarah Manchester United itu dilihat sebagai sebagai calon yang akan berjaya dalam bidang pengurusan.

Beliau adalah salah seorang pemain Man Utd terhebat yang pernah  menyarung jersi keramat United. Robson begitu beruntung kerana sempat beraksi di bawah  didikan pengurus lagenda Sir Alex Ferguson.

Tugasan yang paling diingati ialah tugasan pertama ketika mengurus kelab Middlesbrough. Tempoh beliau tidaklah begitu mengagumkan atau buruk. Namun begitu Boro tetap mampu mara ke dua final piala kejuaraan. Pencapaian tersebut dianggap biasa-biasa sahaja bagi Boro dan akhirnya memecat beliau pada tahun 2000.



Selepas itu kegagalan dan Robson seperti mempunyai jodoh yang kuat ketika mengurus Bradford, West Brom dan Sheffield United. Satu ketika kelihatan orang memilih beliau hanya disebabkan kerana impak yang beliau ketika bergelar pemain.



ALAN SHEARER



Apabila membincangkan karier bola sepak beliau pasti peminat bola sepak mengagumi bakat. Manakan tidak, dengan sejumlah gol yang diabadikan melayakkan beliau menjadi salah seorang bakat terhebat  dalam sejarah EPL.

Sebaliknya karier pengurusan beliau hanya membuatkan ramai yang menggaru kepala. Pada suatu musim ketika Newcastle sedang bergelut di zon penyingkiran liga, mereka tercari-cari individu yang paling layak menggalas amanah tersebut. Lantas di fikiran peminat tiada orang lain melainkan Shearer.

Kegagalan membimbing Newcastle menyebabkan reputasi beliau sebagai lagenda kelab sedikit tercalar


Ternyata tugas tersebut amat berat bagi beliau dan  akhirnya Newcastle tersingkir ke Liga Kejohanan.




PAUL INCE






Paul Ince memperoleh reputasi sebagai salah seorang pemain terbaik Eropah di era 90-an. Seorang jeneral di bahagian tengah Manchester United, di mana beliau memenangi 2 kejuaraan liga di sana sebelum menyarung jersi Inter dalam tempoh yang agak singkat


Setelah itu beliau kembali ke England dengan menyertai Liverpool menyebabkan dibenci oleh seteru mereka, United. Sempat bermain di Wolves dan menjadi hero memimpin mereka naik pangkat ke Liga Perdana Inggeris.




Sewaktu mengurus Blackburn Rovers
   




Blackburn pernah menjadi pilihan beliau untuk menonjolkan kebolehan beliau dalam mengurus pasukan. Namun segalanya tidak berjalan dengan lancar. Beliau dipecat setelah hanya mampu mencipta 6 kemenangan daripada 21 perlawanan. 


Blackpool juga pernah mendapat khidmat beliau sebgai pengurus namun pasukannya tersingkir dari liga menyebakan kejayaan dicapai sebelum ini mula dipertikai oleh pengkritik bola sepak.



OSSIE ARDILES





Peminat bola sepak pada hari ini mungkin tidak mengenali beliau. Tetapi pada era 80-an, Ardiles merupakan pemain yang menarik untuk disaksikan. 



Pada era tersebut beliau begitu cemerlang ketika beraksi untuk Totenham ataupun  Argentina. Selain itu juga kemahiran teknikal yang tinggi yang dimiliki memudahkan beliau bergandingan dengan cemerlang bersama Glenn Hoddle di Spurs.





Namun begitu karier beliau dalam mengurus pasukan tidak begitu mengagumkan. Ardiles mendapat peluang untuk mengurus Spurs tetapi kelab tersebut hanya menduduki pertengahan liga biarpun memiliki pemain sebaik Jurgen Klinsmann.



Tony Adams




Tony Adams merupakan seorang pertahanan tengah yang kental ketika bersama Arsenal dan turut cemerlang ketika beraksi untuk England. Seorang pemain yang cukup setia menghabiskan karier bola sepak hanya untuk Arsenal. Ketibaan Arsene Wenger ke Highbury ( Stadium lama Arsenal) pada tahun 1996 bagaikan satu rahmat buat beliau. Manakan tidak, sejak daripada itu 4 trofi liga sempat diraih sebelum menggantung but pada tahun 2002.




Adams memulakan bidang jurulatih daripada bawah dengan menjadi jurulatih pasukan muda Feyenoord di Belanda. Setelah kira-kira setahun bersara sebagai pemain, kelab Wycome Wanderers berminat mendapatkan khidmat beliau sebagai pengurus pasukan. Namun segalanya tidak berjalan lancar, kelab tersebut tersingkir liga sebelum Adams mengangkat kaki pada November 2004.















Sempat menjadi pembantu pengurus kepada Harry Redknapp ketika di Portsmouth dan menjadi  pengurus setelah Redknapp berpindah ke Spurs. Rekod Adams di Portsmouth begitu buruk dengan hanya mengutip 10 mata selepas 16 perlawanan . 



Gagal menjadi pengganti yang berkesan setelah Redknapp berpindah


 


Wednesday, 13 January 2016

Rooney beri lampu hijau kepada Mourinho?




Umum sudah maklum bahawa Messi baru sahaja memenangi anugerah Ballon D'or 2015 sekaligus mengiktiraf beliau selaku pemain terbaik dunia tahun 2015. Majlis yang berlangsung di Zurich, Switzerland dihadiri oleh sebilangan bintang-bintang bolasepak seperti Kaka, Eto'o, Edgar Davids dan lain-lain.



Kaka pemain terbaik dunia 2007


Rooney yang berpeluang untuk membuat undian telah memilih Mourunho di tempat pertama sebagai Jurulatih Terbaik Dunia 2015, memilih Guardiola di tempat kedua dan Jorge Sampaoli, jurulatih skuad Chile di tempat ketiga.


Chile berjaya memenangi Copa America 2015 di bawah bimbingan Jorge Sampaoli



Namun begitu undian telah memihak kepada Luis Enrique sebagai Jurulatih Terbaik Dunia 2015 sebanyak 31 peratus, manakala Guardiola sebanyak 23 peratus dan Sampaoli 9 peratus.


Kejayaan Enrique merangkul trofi ini adalah hasil 3 trofi yang berjaya dikutip oleh Barcelona pada tahun lali iaitu La Liga Sepanyol, Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara Eropah.



Situasi yang tidak menentu di Old Trafford menyaksikan jawatan Van Gaal yang terkenal dengan 'falsafah' bola sepak beliau kini umpama telur di hujung tanduk.Sebagai tambahan United telah merekodkan 8 perlawanan   tanpa kemenangan pada hujung tahun 2015 selain tersingkir di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.



Melihat kepada undian Rooney ini adakah pengurusan United bersedia untuk membawa Mourinho ke Old Trafford ?

Sunday, 10 January 2016

Gotze mungkin ke Anfield?




Gotze dan bekas bosnya Jurgen Klopp berkemungkinan bergabung kembali. Liverpool dipercayai bersedia untuk membida bintang Bayern Munich itu. Gotze yang pernah bekerja di bawah Klopp sewaktu di Dortmund masih mempunyai baki kontrak di Munich selama 18 bulan lagi.


Gotze dan Klopp sewaktu kedua-duanya di Dortmund


Kecederaan yang dialami beliau kini membataskan peluang untuk menerubus ke dalam skuad utama. dan dijangka hanya akan sembuh seawal Februari akan datang. 


Tambahan Gotze, beliau memberi petunjuk bahawa perpindahan hanya akan berlaku sewaktu jendela musim panas nanti (akhir musim) sekaligus menafikan berita perpindahan pada Januari nanti



Hero gol kemenangan Jerman di Piala Dunia lepas



Berkata kepada akhbar Jerman Sport Bild beliau bimbang dengan masa depan yang tidak menentu apabila Ancelotti dibawa menggantikan Guardiola pada akhir musim ini.



Berita yang pasti cukup menggembirakan bagi penyokong Liverpool.

Sumber: skysports.com



Ancelotti bakal menggantikan Guardiola yang ingin menerima cabaran baru di Liga Perdana Inggeris.


Friday, 8 January 2016

Pernah Beraksi di Malaysia pada 2007, Kini Aubameyang Bintang Utama Bola Sepak Dunia






Pierre-Emerick Aubameyang.. Jika ditanya pada peminat bola sepak  dunia sewaktu 9 tahun yang lalu mungkin ramai yang tidak mengenali beliau. 


Hanya sebahagian kecil sahaja yang tahu dan tentu sahaja kebanyakan yang tahu itu terdiri daripada peninjau bakat bola sepak serata Eropah.


 Bintang Gabon ini  dinobatkan pemain terbaik Afrika 2015 melenyapkan dominasi Yaya Toure 4 tahun berturut-turut.


Mungkin dalam kalangan rakyat Malaysia terlupa, tidak perasan atau tidak tahu langsung kelibat beliau yang beraksi di kejohanan Champions Youth Cup yang berlangsung di Malaysia pada tahun 2007. 


Kejohanan tersebut merupakan piala jemputan  yang mengumpulkan kelab-kelab handalan seluruh dunia di peringkat remaja. 


Kelab-kelab besar seperti Ac Milan, Arsenal, Barcelona, Juventus, Inter Milan, Manchester United, Bayern Munich, Boca Juniors dan banyak lagi. 


Senang cerita kesemuanya adalah kelab yang hebat-hebat belaka dan pemain yang beraksi akan menjadi bintang masa hadapan. 


Malaysia sebagai tuan rumah turut berpeluang meraih pengalaman bersaing dengan bintang masa hadapan . 


Skuad bawah 19 tahun negara waktu itu diletakkan dalam kumpulan D bersama Bayern, PSV dan Chelsea hanya berupaya menjaringkan 1 gol dan  bolos 4 gol. 


Asraruddin Putra Omar yang kini beraksi untuk kelab JDT merupakan salah seorang pemain yang beraksi di kejohanan tersebut.

 

Berbalik kepada kisah Aubameyang, beliau cukup cemerlang menjaringkan 7 gol sekaligus dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan. 


Stadium Darul Aman dan Shah Alam mejadi saksi kerakusan pemuda kelahiran Laval, Perancis ini merobek gawang gol lawan. 


Namun begitu Ac Milan hanya mampu menduduki tempat keempat setelah disingkirkan Juventus pada separuh akhir kejohanan. 


Manakala United pula gah dinobatkan selaku juara kejohanan.


Aubameyang ketika beraksi untuk Milan di Stadium Darul Aman.(Bahagian belakang kanan)


Tatkala pesaing-pesaing penjaring terbanyak yang lain kini semakin tenggelam tanpa khabar berita, sebaliknya Aubameyang semakin menjadi tumpuan kelab-kelab Eropah.


 Ini semua lantaran aksi prolifik beliau menjaringkan gol untuk Dortmund. 


Kini Ac Milan  pasti menyesal melepaskan beliau seperti menyesalnya Manchester United melepaskan Pogba ke Juventus (sewaktu awal remaja dahulu).



Jaringan sewaktu menentang Arsenal

Thursday, 7 January 2016

"Zidane bukan pilihan utama Madrid"






Bekas Presiden kelab Real Madrid Ramon Calderon percaya bahawa Jose Mourinho merupakan pilihan pertama menggantikan Benitez dan bukannya Zidane. Sebaliknya Mourinho menolak peluang kembali ke Madrid sebelum Zidane dinamakan sebagai pengurus terbaru skuad Galacticos.

Benitez dipecat pada Isnin selepas hanya melatih skuad selama tempoh 7 bulan.

Zidane yang juga pemain lagenda kelab disorak oleh ribuan peminat Madrid ketika mengendalikan sesi latihan pada Selasa lepas.



Bercakap kepada talksport Ramon menegaskan bahawa Mourinho merupakan pilihan Madrid tetapi menolak peluang tersebut.


10 Perpindahan Januari Terbaik Liga Perdana Inggeris












Jendela perpindahan Januari bagi kelab-kelab di Eropah kini dibuka lagi. Bagi sesetengah pengurus kelab, saat ini merupakan waktu yang paling sibuk untuk mengukuhkan pasukan masing-masing.

 Semua ini dilakukan untuk survival karier mereka sebagai pengurus. Kita ikuti  10 perpindahan musim sejuk terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris:



 Clint Dempsey


Dibeli dari kelab yang berpangkalan di MLS Amerika iaitu New England Revolution dengan nilai £2 juta pada 7 Januari 2007. Gol kemenangan ketika menentang Liverpool memastikan Fulham kekal bersaing di EPL.

Menghabiskan lima musim di Craven Cottage sebelum berpindah ke kelab Tottenham Hotpur. Cukup cemerlang sewaktu malam gemilang menewaskan gergasi Itali Juventus di Pusingan 16 Liga Europa.

Aksi Dempsey sewaktu menetang Juventus









 Mikel Arteta





Berpindah ke Everton pada Januari 2005 dari Real Sociedad dengan nilai £2 juta. Sebelum itu rakan sepasukan beliau Xabi Alonso terlebih dahulu berpindah ke Liverpool pada musim panas 2004.


Menjadi watak penting ketika Everton menduduki tempat keempat pada  musim 2004/2005. Everton hampir-hampir dapat beraksi di Liga Juara-Juara Eropah sebelum disingkirkan Villareal di pusingan kelayakan.



 Ashley Young

 Perpindahan dari Watford ke Aston Villa dengan nilai £8 juta Januari 2007. Membantu Villa menduduki tempat keenam di EPL selama tiga musim. Kualiti permainan beliau di Villa menarik minat Sir Alex Ferguson untuk di bawa ke Old Trafford.


Gelecekan yang licik, hantaran silang dan bola lencong menjadi trademark beliau ketika di zaman puncak. Salah satu persembahan yang diingati ketika United membenam Arsenal 8-2 di Old Trafford.


Membentuk trio yang mantap bersama Milner dan Agbonlahor ketika beraksi di Villa Park







Javier Mascherano


Berpindah dari West Ham ke Liverpool dengan yuran sebanayak £18 juta pada Januari 2007. Siapa sangka West Ham pernah menggemparkan Liga Perdana Inggeris dengan menandatangani dua bintang Argentina Mascherano dan Tevez  yang beraksi di Piala Dunia 2006 sekaligus pada musim panas 2006.

Namun jodoh beliau tidak kekal lama di West Ham dan kelihatan bergelut untuk memberi impak yang positif akhirnya berpindah ke Liverpool.

Gandingan mantap beliau bersama Alonso di bahagian midfield memudahkan Gerrard dan Torres bermaharaja lela di bahagian serangan.


Liverpool ketika mempunyai Mascherano, Gerrrad dan Torres



Watak penting ketika Liverpool mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 07/08 sebelum disingkirkan Chelsea. Liverpool nyaris mendakap trofi EPL musim 08/09 sebelum hanya berpuas hati menduduki tempat kedua di bawah musuh tradisi Manchester United.


Nemanja Matic


Dibeli dari Benfica dengan nilai £21 juta pada Januari 2014.

Sebelum 2014 beliau pernah berpindah ke Stamford Bridge pada 2009 namun dijual semula ke Benfica pada 2011. Namun begitu perindahan beliau ke Chelsea pada kali ini lebih dirasai berbanding yang pertama dahulu.

Begitu cemerlang melindungi pertahanan daripada serangan lawan. Beliau mempunyai susuk tubuh yang tegap dan amat berkesan dalam melakukan terjahan. Jadi tidak mustahil pada musim 14/15 statistik menunjukkan beliau merupakan pemain yang paling banyak membuat bentesan.

Kewujudan beliau di atas padang memudahkan pengurus The Special One mengaplikasikan taktik 'parking bus'. Hasilnya pada akhir musim 14/15 Chelsea merupakan pasukan yang paling sedikit dibolosi walaupun kurang menjaringkan gol.

Selain itu Chelsea  juga betuah mempunyai ramai pemain tinggi lampai dan bagus di udara seperti Terry, Cahill, Ivanovic, Matic, ataupun Costa . Ini dapat memudahkan ketika situasi bola mati sama diancam lawan atau untuk mengancam lawan.

Jika skuad bimbingan Mounrinho dahulu mempunyai Makelele berperanan sebagai 'dirty woker', Matic turut menjalankan tugas dengan berkesan.

Satu pembelian yang berbaloi.




Gary Cahill


Berikutan siri persembahan cemerlang di Bolton, pada  Januari 2012 Chelsea telah melengkapkan satu perpindahan beliau yang bernilai £7juta.

Keupayaan beliau menjaringkan gol walaupun hanya seorang pertahanan menarik minat Villas Boas pengurus Chelsea waktu itu untuk dibawa ke Stamford Bridge.

Walaupun di awal kemunculan beliau di Chelsea tidak begitu meyakinkan, namun selepas itu beliau terus mengorak langkah mencipta keserasian bersama kapten John Terry.

Gandingan beliau begitu berkesan sehingga berjaya membantu Chelsea mengucup trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama. Salah satu trofi yang gagal untuk dimenangi Mourinho sepanjang mengurus Chelsea.

Kini beliau merupakan anggota tetap skuad Three Lions.


Daniel Sturridge



Berpindah dari Chelsea ke Liverpol sebanyak £12juta pada Januari 2013.
Rekod karier sebagai pemain boleh disifatkan penuh onak duri. Manakan tidak sebelum berpindah ke Liverpool dan menjadi bintang, beliau pernah berada di   ManchesterCity dan Chelsea.

 Namun dengan jumlah pemain bintang yang ada di kedua-dua kelab ini telah mengehadkan peluang beliau menunjukan bakat. Tambahan beliau ketika itu masih muda remaja.

Siapa sangka gandingan beliau bersama Suarez dan Sterling begitu menjadi dan hampir menghadiahkan trofi Liga Perdana Inggeris buat kapten Stevie.

Kini hanya kecederaan yang membantut perkembangan beliau selaku pemain bintang.

Sturridge ketika bersama skuad England





Patrive Evra


Berpindah dari Monaco ke Manchester United sebanyak £7juta pada Januari 2006. Sewaktu di Monaco belaiu merupakan salah seorang skuad Monaco yang mara ke final Liga Juara-Juara Eropah sebelum ditewaskan 3-0 Porto yang dilatih oleh The Special ketika itu.

Turut menyertai beliau berpindah ketika itu Vidic yang sekarang menjadi anggota yang dikenang oleh peminat The Red Devils.

 Karier Evra di United tidak selancar yang diharapkan kerana bermain dengan buruk. Sewaktu menentang City beliau mudah diperkotak katikkan Wright Phillips yang begitu lincah persis pelesit.

Namun Evra perlahan-lahan mengukuhkan tempat dalam skuad United dan menjadi watak penting dalam United. Persembahan satu-dua beliau bersama Ronaldo cukup menghiburkan disamping overlap yang cukup bertenaga yang menjadi 'trademark' ketika di atas padang.

Sempat mengumpul 5 trofi Liga Perdana Inggeris dan 1 trofi Liga Juara-Juara Eropah sebelum berpindah ke Juventus.

Kontoversi beliau dan Suarez menyebabkan bintang Uruguay itu digantung beberapa perlawanan kerana mengamburkan kata-kata perkauman terhadap Evra.

Gol menarik beliau ketika United tumpas kepada Bayern merupakan momen yang akan diingati oleh peminat beliau.





Luis Suarez


Dibeli dari Ajax ke Liverpool dengan nilai £22.5 juta.   Ketika Torres berpindah keluar ke Chelsea dengan nilai yang tinggi, sebaliknya Suarez dan Andy Carroll dibeli untuk menggantikan impak yang ditinggalkan Torres.

 Kenny Dalglish pengurus lagenda Liverpool diberi harapan tinggi oleh peminat kerana rekod kejuraan Liga ketika membimbimg Liverpool sewaktu ketika dahulu.

Kedua-dua mereka Suarez dan Carroll diharapkan untuk menyinar di Anfield kerana reputasi mereka begitu baik ketika di Ajax dan Newcastle.

Suarez meneruskan rentak cemerlang seperti yang diharapkan namun Carroll kelihatan bergelut untuk memenuhi jangkaan peminat. 

Jodoh King Kenny bersama The Kops tidak panjang sebelum digantikan oleh Brendan Rodgers. Ketika di bawah asuhan Rodgers aksi begitu mancanak sehingga hampir mustahil untuk menghentikan beliau.

Gelecekan yang menakjubkan, jaringan yang pelbagai melayakkan beliau sebagai penggembur berbisa EPL disamping Sturridge dan Sterling.

Liverpool nyaris mendakap Trofi Liga Perdana Inggeris pada musim  2013/14 dia atas impak kewujudan beliau namun hanya berpuas hati di tempat kedua pada akhir musim.
 

Salah satu gol yang menarik beliau adalah gol jarak jauh sewaktu menentang Norwich City.

Gol menarik beliau ketika menentang Norwich






Nemanja Vidic


Membuat perpindahan ke United dari kelab Spartak Moscow dengan nilai sebanyak  £7.2 juta. Bermula dengan perlahan di United sebelum menjadi salah seorang pertahanan tengah terbaik dunia. Cukup kebal dengan bentesan yang keras dan begitu kuat di udara. 

Membentuk gandingan yang mantap bersama Rio Ferdinand sambil ditambah dengan kecekapan keeper veteran United Van De Sar di gawang gol. Tidak hairanlah dengan gandingan ini United tiga kali mara ke final Liga Juara-Juara Erpoah. Satu kali menang dan bakinya tewas dua kali kepada Barca.

Cukup dikenali kerana komitmen beliau ketika bermain. Bagaikan seorang pahlawan dari Serbia, darah menjadi sebati dengan beliau sewaktu beraksi di atas padang.

Pandangan biasa ketika Vidic beraksi di atas padang

Sama seperti Evra beliau juga sempat mengumpul 5 trofi Liga Perdana Inggeris dan 1 trofi Liga Juara-Juara Eropah sebelum berpindah ke Inter Milan.