Pada musim ini tidak ramai yang menyangka bahawa kelab yang bergelut di dalam zon penyingkiran musim lalu berdiri gah merangkul takhta liga.
Lebih manis lagi kejayaan tersebut datang disebalik pemain yang tiada status bintang dalam kelab untuk membuktikan bahawa bola sepak adalah permainan berpasukan.
Kita lihat apakah faktor yang mampu mengangkat mereka sebagai juara.
Jadual yang tidak padat
Jika hendak dibandingkan dengan pencabar liga yang lain, Leicester mempunyai jumlah permainan yang kurang.
Ini disebabkan ketiadaan aksi di Eropah selain mereka tersingkir lebih awal dalam piala domestik.
|
Tiada aksi di Eropah bermakna Leicester mendapat rehat yang cukup. Manchester City dan Arsenal (pesaing yang hampir) di Liga Juara-juara Eropah. Spurs pula di Liga Europa |
Mereka sebenarnya mendapat manfaat dari keadaan ini dan pemain dapat rehat dan kekal cergas.
Pemerhati bola sepak melihat cara mereka bermain adalah dengan menekan lawan apabila kehilangan bola seterusnya serangan balas.
Corak permainan sebegini menuntut stamina yang tinggi. Jika tidak 'pancit' dan lesu lah jawabnya.
Pertahanan yang semakin kukuh
Pada awal musim pertahanan mereka bukanlah seperti pertahanan yang sekarang ini.
Mereka melepaskan gol dengan banyak tetapi diselamatkan oleh jumlah jaringan yang lebih banyak.
Jadi tidak hairanlah Vardy dapat mengatasi rekod Ruud Van Nistelrooy. Menjaringkan gol sebanyak 11 perlawanan berturut-turut. Rekod pertahanan mereka semakin hari semakin baik sejak Januari lagi.
|
Jaringan Vardy memadam rekod yang dilakukan oleh Nistelrooy |
Ditambahkan dengan cara permainan yang padat dibahagian tengah, pertahanan mereka mendapat hasil yang positif
Serangan mantap menang perlawanan, pertahanan mantap menang piala kejuaraan.
Kemerosotan prestasi pesaing tetap liga
4 musim lalu, persaingan takhta liga tidak dapat lari kelab-kelab gergasi seperti Chelsea, Manchester United dan Manchester City ( hanya menyebut beberapa contoh).
Bagaimanapun kelab-kelab ini bagaikan hilang arah pada musim ini. Chelsea misalnya tampak begitu bergelut di awal musim hingga keciciran begitu banyak mata disebabkan kekalahan.
|
Susulan daripada prestasi hambar Chelsea akhirnya Mourinho ditunjukkan jalan keluar oleh Abramovich |
Kami yakin jika jumlah kekalahan dapat diminimumkan pasti kedudukan mereka tidak seperti sekarang. Juventus telah membuktikan kata-kata ini dengan menjuarai Sirie A buat ke-5 berturut-turut.
Hal lain pula terjadi terhadap Man City. Mereka lebih menumpukan fokus terhadap Liga Juara-Juara Eropah. Piala yang belum mereka menangi. Strategi mereka seakan berhasil. Kini mereka di separuh akhir Liga Juara-Juara Eopah.
|
Kempen Man City agak cemerlang sehingga mara ke separuh akhir Liga Juara-juara Eropah ( saat artikel ini ditulis) |
Seperti Chelsea, Manchester City juga mengalami kekalahan yang agak banyak di liga. Fakta menunjukkan bahawa mereka mengalami 10 kekalahan dalam keadaan 2 perlawanan berbaki.
Berbanding tahun lepas, mereka hanya kalah 7 kali dalam keseluruhan liga. Manakala Manchester United pula mengalami proses peralihan setelah dikemudi oleh pengurus yang sama selama lebih daripada 20 tahun. Satu tempoh yang cukup lama. Beliau yang dimaksudkan ialah Sir Alex Ferguson.
Setelah meletakkan penanda aras yang cukup tinggi untuk mengendalikan kelab sehebat United, bebanan pastinya dipikul hebat oleh pengurus-pengurus selepas beliau.
|
Corak permainan negatif menyebabkan penyokong United membenci sosok tubuh ini. |
Mempunyai pemain tunjang pada posisi penting
Apabila membicarakan tentang pasukan ini, mereka bukan semata-mata Mahrez dan Vardy. Bahkan mereka mempunyai pemain yang mantap di posisi lain.
|
Pemain-pemain Leicester disenaraikan pada setiap posisi utama kecuali penjaga gol |
Dari bawah, Kasper Schmeichel beraksi cukup cemerlang sebagai benteng terakhir. Tidak cukup dengan itu Kasper cukup beruntung dilindungi oleh dua pertahanan tengah yang mantap Robert Huth dan Wes Morgan.
Manakala di posisi midfield pula kehadiran N'Golo Kante begitu dirasai kerana cukup efektif bertahan dan menyerang. Kewujudan Kante menjadikan Leicester seolah-olah bermain dengan 12 pemain di atas padang kerana stamina beliau yang cukup padu !
Di bahagian serangan pula? Tanpa ragu-ragu lagi mereka memiliki barisan serangan tajam dan klinikal. Jauh meninggalkan Manchester United.
Kemenangan liga sulung buat Ranieri
Setelah menjadi otai dalam dunia mengurus pasukan, beliau akhirnya mengecapi nikmat sebagai juara liga.
Kalau kita lihat rekod Ranieri ternyata bukan calang-calang kelab yang pernah mendapat sentuhan beliau.
Antaranya Atletico Madrid, Valencia, Inter Milan, Juventus, Roma dan As Monaco. Bahkan Chelsea juga pernah dilatih oleh beliau sebelum ketibaan The Special One, Jose Mourinho.
|
Sewaktu mengasah bakat penyerang muda, Anthony Martial di As Monaco |
|
Ketika bersama Pavel Nedved di Juventus. Neved merupakan pemain perancang dan lagenda asal Republik Cezch |
Namun pencapaian terbaik liga hanyalah sekadar naib juara. Justeru itu pemain-pemain Leicester tidak teragak-agak untuk menghadiahkan kejuaraan sulung liga dalam karier pengurusan Ranieri.
Memenangi kejuaraan lebih mudah berbanding mempertahankannya. Pasti kita pernah mendengar frasa ini bukan? Pada awal musim tiada siapa yang menjangka Leicester akan menang. Hal ini menyebabkan mereka mampu beraksi tanpa tekanan.
Bahkan pencapaian mereka layak ke Liga Juara-juara Eropah sendiri adalah kejayaan yang besar. Ia bertambah manis dengan kejuaraan liga tanpa bajet besar dan pemain bintang dalam pasukan.
Yang pasti cabaran terbesar Ranieri pada musim hadapan adalah mengekalkan pemain utama. Selain itu Leicester perlu menambah pemain yang mempunyai kualiti setara atau lebih baik daripada pemain sedia ada.
Ia penting kerana sudah pasti mereka akan mengharungi jumlah permainan banyak dan padat setelah layak ke kempen Eropah.
Macam mana ? Anda setuju ?