Monday, 12 October 2015

Klopp: Saya tak berhasrat pancing bintang Dortmund


Saat artikel ini ditulis, Klopp tidak berhasrat untuk berkolaborasi dengan bekas bintangnya ketika di Dortmud

Jurgen Klopp menegaskan beliau tidak mempunyai "niat" untuk membawa bekas bintang Borussia Dortmund ke Anfield.

Ketibaan Bos baru The Kops yang berasal dari Jerman seolah-olah memberi rahmat dan harapan kepada "die hard fan" Liverpool setelah beberapa siri kekecewaan oleh pengurus lama Brendan Rodgers.


Kehadiran Klopp menghangatkan spekulasi bahawa beliau akan membawa bekas bintangnya ke Anfield.

Sidang media Klopp ketika tiba di Liverpool

Pada hari pelantikannya, media telah  mengaitkan bebrapa bintang seperti seperti Robert Lewandowski, Ilkay Gundogan dan Marco Reus.

 
Ketika bersama Marco Reus

  
Namun Klopp menegaskan untuk memberi tumpuan terhadap skuad yang ada pada masa kini.

"Saya tidak mempunyai niat sama sekali untuk menarik Dortmund bintang untuk Liverpool," jelas Klopp. 


"Saya tidak berminat untuk mengambil tahu berapa banyak dana diperuntukkan pada perpindahan Januari nanti.

"Tetapi kita jelas mempunyai banyak perlawanan dan kita akan mengambil melihat potensi pemain kita  dahulu." 


Klopp mengambil alih sesi latihan pertama pada hari Isnin  dengan skuad yang tempang disebabkan perlawanan antarabangsa dan kecederaan.


Kata-kata beliau tidak syak lagi akan menggembirakan Ketua Eksekutif  Dortmund Hans-Joachim Watzke, yang pernah bekerja dengan beliau semasa tempoh tujuh tahun khidmat beliau di sana.



Ketua Eksekutif  Dortmund Hans-Joachim Watzke

5 fakta menarik Klopp bos baru Liverpool










Jurgen Klopp. Satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia bola sepak. Telah dilantik oleh kelab Liverpool untuk menguruskan The Kop untuk melengkapkan misi memintas rekod EPL Manchester United. Berikut merupakan 5 fakta menarik mengenai Klopp


1. Klopp lahir di Stuttgart pada 16 Jun 1967. Dia memiliki nama tengah "Norbert".  Nama lengkapnya adalah Juergen Norbert Klopp.


2.
Beliau adalah One-Club man. Sepanjang karier profesionalnya sebagai pemain, Klopp hanya bermain untuk FSV Mainz. Mencetak 300 penampilan di kelab  Mainz. 


3. Ketika bergelar pemain sering kali bertukar posisi. Pada awal karier beliau berperanan sebagai striker. Namun di akhir karier beliau bermain di posisi pertahanan. Persis lagenda negara, Zainal Abidin Hassan.

4. Setelah menggantung but, beliau mendapat tawaran untuk melatih pasukan Mainz di Jerman. Rekod beliau cemerlang dan membantu Mainz dari divisyen bawah untuk naik pangkat ke Bundesliga musim 08/09 .

5. Mengurus Kelab Borussia Dortmud selama 7 tahun. Dalam tempoh tersebut 6 piala direkodkan. 2 Bundesliga, 1 Piala Jerman dan 3 Piala Super Jerman.

Kehadiran Klopp sedikit sebanyak mencemaskan lagenda M.U Sir Alex Ferguson berdasarkan potensi yang dimiliki beliau. Adakah Klopp mampu mengubah takdir Liverpool? Sama-sama kita saksikan.



Generasi Emas Wales setelah 57 tahun





Skuad kebangssan Wales kini layak disebut sebagai generasi emas. Pasukan yang diperkuat dengan kehadiran bintang bola sepak dunia iaitu Gareth Bale telah menempah tiket ke Euro 2016.



Ini adalah kejohanan utama Wales sertai setelah melakukannya ketika 57 tahun yang lalu ketika beraksi di Piala Dunia. Satu tempoh yang cukup lama memandangkan Malaya baru sahaja menyambut ulangtahun kemerdekaan yang pertama.



“ Generasi Wales sekarang adalah generasi emas. Saya sukar untuk percayakan hal ini” ujar jurulatih Wales Chris Coleman ketika ditemu bual.



Kedudukan Wales di ranking ke-8 FIFA juga menjelaskan segalanya untuk melayakkan mereka menerima jolokan generasi emas.



Pemain-pemain seperti Bale, Ramsey dan lain-lain pemain yang beraksi di Liga Perdana Inggeris juga membantu memantapkan skuad kebangsaan mereka